Saturday, 22 December 2012

kenduri arwah,kesyukuran dan doa selamat tidak pernah dilakukan Nabi adakah patut kita tinggalkan?


Nabi SAW tidak pernah melakukan (At-Tarku) Kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat. Baginda juga tidak pula pernah melarang dan tidak pula mewajibkan. Bolehkah kita lakukan perkara tersebut? Kalau dilakukan juga, adakah bid’ah sesat hukumnya semua itu? (1) (2) (3)
Ijmak Ulamak Salaf dan Khalaf bahawa (At-Tark) perkara yang ditinggalkan Nabi SAW bukan merupakan sumber perundangan. Ulamak bersepakat bahawa sumber perundangan hukum itu ialah:


  1. Al-Quran
  2. Sunnah Nabi SAW malalui perbuatan, percakapan dan takrir.
  3. Ijmak Ulamak
  4. Qias
Ulamak pula berbeza pendapat di dalam sumber-sumber berikut:
  1. Kata-kata para sahabat Nabi SAW
  2. Saddu az-zari’ah (Menutup pintu kemudaratan)
  3. Perbuatan penduduk Madinah
  4. Masolih Mursalah
  5. Istihsan
  6.  Hadis dhoif dan lain-lain lagi
Kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan tidak pula pernah dilarang secara sorih kerana ianya tiada di zaman Nabi SAW. Persoalannya, adakah ia menjadi haram, makruh dan sebagainya disebabkan semata-mata ianya tidak dilakukan oleh Nabi SAW sewaktu hayat Baginda?
Di zaman Rasulullah SAW, terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan perkara yang tidak dilakukan oleh Baginda, tidak semestinya perlu ditinggalkan juga oleh ummat-Nya.
Antara yang paling masyhur adalah Hadis berkaitan Saidina Bilal Bin Rabah yang kerap kali melakukan solat sunat dua rakaat selepas wudhuk yang pada ketika itu tidak lagi diajar oleh Baginda atau dengan kata lain ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Malahan setelah diketahui oleh Baginda perihal Saidina Bilal RA yang seolah-olah mendahului ajaran Nabi SAW, Baginda tidak pula memarahinya dan tidak pula melarangnya agar jangan melakukan perkara yang Baginda tidak ajarkan pada masa akan datang. (4)
Kisah lain antaranya, Rasulullah SAW biasanya menyampaikan khutbah di atas batang pohon tamar. Melihat perkara itu, para sahabat mengambil inisiatif menukarnya dengan mimbar yang lebih sempurna dan mendahului Nabi SAW dalam perkara tersebut. Para sahabat tidak melihat penukaran batang tamar kepada mimbar sebagai perkara bidaah yang sesat dan salah atau haram. Walhal perkara itu tidak pernah dilakukan dan tidak diminta oleh Nabi SAW. (5)
Kisah seterusnya di dalam solat, Nabi SAW tidak mengajarkan membaca ketika bangun dari ruku’ dengan bacaan Rabbana Wa Lakal Hamdu Hamdan Kathira Toiyiban Mubarokan Fiih. Pada suatu hari, seorang sahabat solat berjamaah di belakang Nabi SAW dan pada ketika Nabi SAW bangun dari ruku’ sambil membaca Samiallahu Liman Hamidah, sahabat tadi lantas melaungkan Rabbana Wa Lakal Hamdu Hamdan Kathiran Toiyiban Mubarokan Fiih. Selepas solat, Nabi SAW bertanya siapakah gerangan yang melaungkan bacaan tadi. Lantas, Rasulullah bersabda : Aku melihat lebih dari 33 malaikat berebut-rebut untuk menjadi yang pertama menulisnya. (6)
Menerusi hadis ini, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani menakalkan, bahawa harus membaca zikir yang tidak maathur (tidak datang dari Nabi SAW) di dalam solat selagi tidak bertentangan dengan apa yang telah diperintahkan. Jika perkara sebegini dibolehkan di dalam ibadah solat, maka di dalam perkara lain seperti kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat lebih-lebih lagi dibolehkan selagimana kandungannya tidak bercanggah dengan kaedah-kaedah di dalam Islam.
Dari ketiga-tiga kisah ini, para sahabat telah mendahului Nabi dalam keadaan Nabi SAW tidak pernah melakukan perkara tersebut sebelumnya. Mereka tidak menganggap bahawa melakukan perkara yang tidak dilakukan Nabi atau ditinggalkan Nabi itu haram atau bidaah yang sesat semata-semata. Oleh itu, jika nanti dapat dibuktikan bahawa intipati majlis kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat itu tidak bercanggah dengan konsep-konsep di dalam Islam, maka ia juga bukanlah bidaah yang sesat seperti yang dilakukan oleh para sahabat di dalam kisah-kisah di atas. Wallahu A’alam.
___________________________
[1] Soalan di ambil dari buku Senjata Mukmin Karangan Ust Muhidir Cetakan Ke-3 (Mesir)
[2] Rujukan utama masalah pertama ini adalah fatwa Darul Ifta’ Al-Misriyah, Nombor Fatwa 167. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://www.dar-alifta.org/ViewBayan.aspx?ID=167#_ftn5.
[3] Tajuk ini juga pernah dijelaskan oleh As-Syeikh Al-Allamah Saiyid Abdullah As-Siddiq Al-Ghumari di dalam risalahnya, Husnu At-Tafahhum Wa Ad-Dark Li Masalati At-Tark.
[4] Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sohih Bukhari, jilid 1 hlm. 366 dan Imam Muslim jilid 4 hlm. 1910.
[5] Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sohih Bukhari, jilid 2 hlm. 908 dan jilid 3 hlm. 1314.
[6] Fathul Bari, Ibnu hajar Al-Asqolani, jilid 2 hlm. 287.

Kedatangan Nabi Isa Di Akhir Zaman


Rasulullah SAW menyatakan, sesungguhnya menjelang hari kiamat nanti, Isa akan turun kembali ke bumi. Istilah ini dalam versi Kristian disebut dengan The Second Coming (kedatangan untuk kedua kali).
Kedatangannya untuk mengajak umat manusia agar mengikuti ajaran yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Tak hanya itu, kedatangan Isa juga akan membersihkan aliran-aliran dan akidah yang sesat dan menyesatkan serta menghancurkan tiang-tiang salib.


” Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan sesungguhnya ia benar-benar akan turun (dari langit). Apabila kamu telah melihatnya, ketahuilah bahawa ia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang, berkulit putih kemerah-merahan. Ia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah, kepalanya seakan-akan menitiskan air walaupun ia tidak basah.” (HR Abu Dawud)
” Sekumpulan dari umatku akan tetap berperang dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat sehingga turunlah Isa bin Maryam. Maka, berkatalah pemimpin mereka (Al-Mahdi), ‘Kemarilah dan imamilah solat kami.’ Ia menjawab, ‘Tidak. Sesungguhnya, sebahagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebahagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada umat ini (umat Islam).” (HR Muslim dan Ahmad)
Hal pertama yang akan dilakukan Isa setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis-hadis di atas. Isa akan menjadi makmum dalam solat yang dipimpin oleh Imam Mahdi.
Peristiwa kedatangan Isa ini sebelumnya akan didahului oleh keadaan dunia yang dipenuhi dengan kezaliman, kesengsaraan, dan peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia.
Pada saat itu, seorang pemimpin Muslim (Al-Mahdi) akan berhadapan dengan Dajjal yang telah menyebarkan fitnah di kalangan umat Islam. Maka, saat itulah, Isa putra Maryam akan turun ke bumi dan menumpas semua itu dan membunuh Dajjal, membersihkan segala penyimpangan agama, dan menyelamatkan manusia dari fitnah Dajjal. Dajjal ini mengaku bahawa dirinya sebagai Tuhan. Maka, Isa akan bekerja sama dengan Imam Mahdi untuk membanteras semua musuh-musuh Allah.
Selain itu, Isa juga akan menyelamatkan manusia dari fitnah Ya’juj dan Ma’juj. Dalam hadis yang diriwayatkan Thabrani, disebutkan, fitnah dan kejahatan Ya’juj dan Ma’juj ini sangat besar. Tiada seorang manusia pun yang dapat mengatasinya. Jumlah mereka sangat banyak sehingga kaum Muslim terpaksa menyalakan api selama lebih kurang tujuh tahun untuk berlindung dari serangan dan panah-panah Ya’juj dan Ma’juj.
Sebagaimana dikisahkan, Ya’juj dan Ma’juj selama ini terkongkong dalam sebuah tembok yang dibuat oleh Zulkarnain. Mereka akhirnya boleh keluar setelah secara perlahan-lahan melubangi tembok tersebut. Tembok Zulkarnain itu diperbuat dari besi dan tembaga dan terletak di daerah Georgia (Asia Tengah).
Untuk mengatasi masalah ini, kaum Muslim terpaksa berlangsung di bukit Thursina selama beberapa waktu. Hingga akhirnya Isa berdoa kepada Allah agar menghantar bantuan dan doa itu pun dikabulkan. Saat itulah, Ya’juj dan Ma’juj berjaya diatasi (HR Ahmad, Muslim dan Tirmidzi dari An Nawwas bin Sam’an).
Setelah berjaya mengalahkan Ya’juj dan Ma’juj, Isa pun kemudian wafat. Menurut sejumlah riwayat, saat diturunkan hingga wafatnya kelak, itu terjadi selama 40 tahun. Dan, kehadiran Isa ini merupakan salah satu tanda-tanda berlakunya kiamat kubra (besar)

Monday, 17 December 2012

BERJINAK-JINAK DENGAN MEMANCING DI LAUT


setelah banyak kali memancing dikolam uncle wong perasaan ingin mencuba pula memancing dilaut,mula daripada situ saya dan kawan-kawan terus pergi memancing dilaut bila ada kelapangan masa boleh dikatakan setiap minggu kami akan mencari mana-mana port ikan ikan yang menjadi sebutan pemancing-pemancing lain.i.Antara tempat-tempat yang biasa saya pergi seperti Port Kelang,Sg Besar,Pulau Ketam,Kg Tengah Melaka,Endau Rompin,kapal karam Rusia P.Pinang.



Kebiasaannya saya akan memancing pada waktu malam kerana dapat menghindari daripada terikan panas matahari.Memancing bukan sahaja sebagai hobi tetapi ia juga boleh mengurangkan stress dan fikiran yang berserabut dan ianya memerlukan kesabaran yang tingg






Ini adalah sebahagian daripada hasil pancingan semasa di Pulau Ketam.Kami bertolak dari Kg delek selepas Asar dan pulang keesokkan paginya.Alhamdulillah cuaca pada hari itu amat baik dan bacaan air juga menunjukkan air cantik pada waktu itu.Rekod tanggkapan di pegang oleh Abg Lan Kg Delek dengan menaikkan kerapu seberat 6 kilogram.Boleh dikatakan tangkapan di Pulau Ketam masih lagi menarik seandainya kita dapat memilih tarikh dan masa yang sesuai untuk memancing

PERBEZAAN ANTARA ABJAD DAN TAREKAT


  • ABJAD bukanlah suatu susunan ilmu dan amalan yang dinamakan tarekat. Ilmu dan amal yang benar itu ialah berasal daripada Nabi SAW yang dipanggil 'fadhail amal' atau 'athar sahabat' sebagai suatu hizib untuk diamalkan bagi MEMPERTEGUHKAN IKATAN DIRI dalam UBUDIYAH dan MINTA TOLONG hanya kepada ALLAH. Hizib ialah suatu susunan ilmu dan amal yang sudah dikenalpasti segera makbul doa dan segera ijabah segala hajat. Kalau diibarat buah kelapa, minyak yang telah nyata daripada buah kelapa yang boleh digunakan untuk sebarang hal itulah ibarat hizib.

    Inilah ABJAD iaitu suatu susunan ilmu dan amal yang ada sanad dan untaian sehingga kepada ALLAH dan RASUL serta ada rabitah dan wasilah yang benar yang di dalamnya mengandungi berbagai-bagai hizib untuk diamalkan sebagai amalan lazim atau sunat dengan tujuan memperteguhkan ikatan diri dalam ubudiyah dan minta tolong kepada ALLAH.

    Berbeza dengan TAREKAT. TAREKAT ialah suatu susunan wirid tertentu yang bersanad yang diwajibkan beramal ke atas diri ahli tarekat sebagai amalan wajib supaya dapat keluar daripada nafsu-nafsu yang jahat kepada nafsu-nafsu yang baik.

    Sanad di dalam tarekat HANYALAH suatu susunan ratib yang diamalkan dan mestilah sampai kepada pengasas empunya susunan ratib tarekat tersebut seperti Sheikh Bahauddin an Naksyabandi bagi Tarekat Naksyabandi atau Sheikh Ahmad Ibnu Idris bagi Tarekat Ahmadiah Idrisiah atau lain-lain yang dinamakan tarekat.

    Berbeza dengan sanad ABJAD. Sanad ABJAD ialah sanad ILMU dan AMAL. Iaitu sanad agama ISLAM ROHANI dan JASMANI iaitu Iman, Islam dan Ehsan di atas makna sekeliannya dan juzuk-juzuknya yang dizahirkan rupa itu dengan ucapan DUA KALIMAH SYAHADAH. HENDAKLAH DIFAHAMI perbezaan ini sungguh-sungguh supaya tidak disamakan ABJAD seperti TAREKAT.

    ABJAD juga bukan amalan wirid berhikmah seperti selendang merah atau lain-lain nama yang berbentuk sihir, istidraj, silap mata atau syakwazah iaitu amalan yang tidak bersanad yang diterima amalan tersebut daripada ULAMA FASIK, AHLI JAHIL, TOK SAMI, AMBIL DALAM BUKU, TERIMA DALAM MIMPI, SAKA KETURUNAN, JELMAAN JIN dan lain-lain yang mesti dijauhi. AMALAN INI KEBIASAANNYA BERSYARAT.

    Diadaptasikan oleh : Al Yunusi Media

Sunday, 16 December 2012

peranan ulamak dlm dunia persilatan


BARANGKALI perbicaraan yang menyentuh secara langsung tentang persilatan adalah masih sangat langka. Keterlibatan penulis dalam membicarakan perkara persilatan ini juga amat sedikit berbanding penulisan-penulisan selainnya.
Oleh itu, kelemahan-kelemahan dalam perbicaraan ini rasanya sangat banyak, apatah lagi dunia persilatan hanyalah penulis kenali sewaktu masih kanak-kanak dan ditinggalkan begitu lama, sejak tahun 1960-an.
Jenis-jenis silat memang banyak penulis ketahui, namun penulis bukanlah seorang pelajar mengenai bidang itu secara tekun tetapi hanyalah sebagai pemerhati saja. Di antara silat-silat yang penulis ketahui ialah Silat Pengian, Silat Kuntau, Silat Harimau, Silat Buton Kalidupa, Silat Bugis Bone, Silat Sinding, Silat Pukul Tujuh, Silat Minangkabau, Silat Cekak, Silat Gayung, Silat Gayung Patani, Silat Abjad dan Al-Mu'azat.
Peranan ulama dalam silat hanya dapat penulis tonjolkan kepada pemikiran Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan keterlibatan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam jihad fi sabilillah.
Kedua-dua ulama besar yang sangat terkenal itu dipercayai menggunakan 'senjata' qalam untuk mengajar umat Melayu dna juga senjata pedang unutk perjuangan di medan jihad fi sabilillah demi mempertahankan kesucian Islam dan watan daripada penjajah.
Jika kita anggap ilmu silat adalah untuk mempertahankan diri peribadi, jihad pula adalah mempertahankan Islam dan tanah air.
Jadi kedua-dua ulama kita itu adalah lebih agung, kerana banyak jenis silat yang dikuasainya. Yang dimaksudkan di sini ialah:
*silat menggunakan qalam/pena,
*silat kalam/lidah,
*silat menggunakan siasah/politik, dan lain-lain termasuklah
*silat ketangkasan di medan juang yang sebahagiannya dijadikan sebagai satu cadang seni atau budaya.
Pelajaran silat dalam Kerajaan Pontianak
Tidaklah janggal pada kesempatan ini penulis mulakan petikan mengenai silat yang termaktub dalam sebuah manuskrip "Syair Kerajaan Pontianak".
Kerajaan Pontianak (Indonesia) memang bukan dalam Malaysia, tetapi adalah sebuah kerajaan Melayu yang didirikan oleh Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri yang direstui dan dirasmikan oleh pahlawan Melayu-Bugis, Raja Haji bin Upu Daeng Celak.
Raja Haji pula adalah seorang pahlawan Melayu agung sesudah Hang Tuah, kerana hampir keseluruhan negeri-negeri Melayu pernah dikunjunginya. Akhir riwayat Raja Haji gugur sebagai syahid fi sabilillah di Teluk Ketapang, Melaka.
Syair Kerajaan Pontianak ditulis beberapa tahun setelah berdirinya Kerajaan Melayu-Islam Pontianak, dalam petikan tersebut juga jelas mencerminkan minat dan kesungguhan Sultan Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri terhadap seni dan budaya silat. Untuk lebih jelas dan merupakan dokumen sejarah persilatan Melayu, Bab Silat dalam Syair Kerajaan Pontianak penulis sebutkan beberapa petikan awal darinya, iaitu:
Setelah sudah berperi-peri,
baginda berangkat lalu berdiri
Panggilkan Mat Raiyat suruh ke mari,
serta dengan Wan Bakari.
Wan Ahmad, Wan Bakar datanglah sudah,
kepada baginda tunduk menyembah
Dengan segeranya baginda bertitah,
Adalah sedikit hendak diperintah.
Baginda tersenyum seraya berkata,
Jikalau suka rasanya cita
Tuan-tuan yang muda ajarkan kita,
diajarkan silat bermain senjata.
Tuan ajarkan padan-padan,
boleh dilihat usulnya badan
Bagaimana di dalam contoh teladan,
yang mana patut main di medan.
*Tulisan Sheikh Daud Abdullah Al-Fathani mengenai jihad dalam Islam
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah ulama besar dunia Melayu yang terlibat langsung bersama-sama Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam medan jihad melawan pencerobohan Siam di bumi Patani Darus Salam.
Tulisan-tulisan beliau mengenai hukum jihad telah penulis perkenalkan dalam penulisan-penulisan sebelum ini, di mana jelas menggambarkan bahawa Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah seorang ulama pejuang Islam sebenar dan sejati serta bertanggungjawab terhadap ummah dan watan Melayu daripada segala macam bentuk penjajahan kuffar.
Sebagai tambahan, di sini penulis petik pula pandangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani tentang jihad yang beliau tulis dalam kitab Bughyat at-Thullab.
Transliterasi selengkapnya ialah: "Dan setengah daripadanya, perang sabil bagi kuffar, yakni wajib bagi Imam itu pergi perang kepada negeri mereka itu, maka iaitu fardu kifayah dengan ijmak. Atau Naib Imam pergi dengan tentera kerana perang bagi mereka itu.
"Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia, dan ditaruhkan senjatanya, dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu. Maka hendaklah diperbuat akan salah suatu daripada keduanya maka gugurlah fardu kifayahnya. Ini jika tiada mereka itu datang kepada negeri kita.
"Maka jika datang ia kepada negeri Islam maka jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ... " (Bughyat at-Thullab, jilid 1, hlm. 95).
Ulasan dan pandangan, daripada kalimatnya "Maka jika datang ia kepada negeri Islam ... " dapat kita bandingkan peristiwa penjajahan bangsa Barat-Belanda dan Inggeris di dunia Melayu pada zaman Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dengan peristiwa Amerika, pengganas terbesar dunia, yang telah menjajah Afghanistan dan Iraq.
Sebagaimana telah disebutkan bahawa Belanda dan Inggeris telah menjajah dunia Melayu, perlu pula dinyatakan di sini bahawa Patani juga tidak terlepas daripada dijajah, bukan oleh bangsa Barat tetapi oleh Siam. Semua penjajah yang tersebut adalah bukan agama Islam kerana mereka telah menjajah negeri Islam.
Oleh itu, menurut Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani pada sambungan kalimat di atas bahawa "jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ..." berperang atau jihad terhadap mereka. Bangsa-bangsa yang telah menjajah dunia Melayu, adalah bukan beragama Islam.
Oleh itu fenomena yang berlaku sekarang, tuduhan umat Islam sebagai pengganas adalah tidak berasas sama sekali, kerana tidak terdapat dalam sejarah bahawa bangsa-bangsa yang beragama Islam datang menjadi penjajah di dunia Melayu.
Sebenarnya bangsa-bangsa penjajah itulah yang layak dilabelkan sebagai pengganas atau terrorist atau penzalim. Gelaran tersebut terdapat dua golongan yang sedang bermusuhan, yang pertama ialah pengganas yang sedang berkuasa (pemerintah) dan yang kedua ialah pengganas yang tidak berkuasa (rakyat).
Perjuangan jihad yang pernah dilakukan oleh ulama kita seperti Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan lain-lain tidak dapat disamakan dengan kedua-dua golongan pengganas yang tersebut di atas, kerana jihad Islam adalah cukup jelas berdasarkan perintah daripada Allah dan para Rasul-Nya. Siapa saja yang berjihad menurut perintah Allah dan Rasul-Nya adalah benar, tidak terdapat keraguan di dalamnya.
Oleh itu, wajib dipertahankan kebenaran dan kesuciannya daripada pentafsiran-pentafsiran yang tidak betul disusun demikian rapi oleh pihak-pihak tertentu yang telah merasa lazat makanan dan minuman segar tetapi beracun yang mereka peroleh dari musuh-musuh Islam.
Mengenai membuat persiapan sebagai benteng pertahanan dapat kita ketahui dari kalimat beliau, "Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia ...".
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyentuh pula tentang persiapan persenjataan dengan sambungan kalimatnya "dan ditaruhkan senjatanya" maksudnya bahawa dalam benteng pertahanan perlulah ada tersimpan persenjataan yang cukup dan siap digunakan apabila diperlukan.
Patriotik bangsa adalah sangat diperlukan, yang beliau gambarkan pada sambungan kalimatnya "dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu". Kalimat ini dapat dihubungkaitkan dengan "ilmu silat" kerana orang Melayu yang sanggup melawan musuh pada zaman itu perlu mempunyai ketangkasan.
Ketangkasan dalam bentuk fizik adalah mempelajari ilmu silat. Dan tidak dapat dinafikan diperlukan "kekuatan dalaman" atau "mental" atau "rohani". Baik Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani mahu pun Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga pernah mengijazahkan wirid-wirid pertahanan diri untuk menghadapi musuh dalam peperangan.
Wirid pertahanan diri Sheikh Abdus Shamad Al-Falimbani
Untuk memantapkan keyakinan diri menghadapi jihad, dalam karyanya berjudul Mulhik fi Bayanil Fawa'id an-Nafi'ah fil Jihadi fi Sabilillah atau judul terjemahan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani sendiri iaitu "Suatu Perhubungan Pada Menyatakan Akan Beberapa Faedah Di Dalam Perang Sabilillah", beliau membahagi dalam risalah tersebut kepada empat bahagian, iaitu:
lFaedah Yang Pertama Pada Menyatakan Ayat Quran Yang Jadi 'Azimat Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah, Dan Peliharaan Yang Menegahkan Daripada Kejahatan Orang Kafir.
lFaedah Yang Kedua Pada Menyatakan Doa Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah Dan Lainnya.
lFaedah Yang Ketiga Pada Menyatakan Doa Yang Membinasakan Bagi Segala Seteru, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Seteru.
lFaedah Yang Keempat Pada Menyatakan Doa Membinasakan Seteru, Dan Segala Kafir, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Mereka Itu.
Salah satu amalan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pernah diterima oleh pahlawan Mat Kilau. Mengenai ini termaktub dalam Kitab Mat Kilau, cetakan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, 1970, hlm. 23, iaitu "Ini doa diambil daripada Sheikh Abdus Shamad Palembang, siapa yang mengamalkan doa ini nescaya tidak mengenai padanya pedang, atau panah, atau segala rupa kejahatan dari seteru ... "Yang disebut dalam Kitab Mat Kilau itu memang termaktub dalam karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut yang beliau tempatkan pada Faedah Yang Kedua.
Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani telah menterjemahkan wirid untuk perang itu daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Dalam empat buah karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga membicarakan wirid yang sama, di antaranya dalam kitab Mun-yat al-Mushalli. Selengkapnya lihat Mun-yat al-Mushalli yang telah penulis transliterasi (lihat terbitan Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1424 H/2003 M hlm. 96-98).
Walau bagaimanapun, tidak terdapat terjemahan wirid itu oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani. Perlu juga penulis sentuh di sini bahawa dalam terjemahan wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut ada hubungkait dengan persilatan. Bahawa ilmu silat yang pernah penulis pelajari adalah melalui tiga jalan, iaitu:
*Belajar secara fizik di gelanggang.
*Belajar wirid-wirid yang boleh mendatang gerak dengan sendirinya.
*Mengabungkan pelajaran fizik dan wirid.
Pada Faedah Yang Keempat wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani terdapat satu doa yang sama dengan yang diamalkan dalam Silat Al-Mu'azat. Walaupun dalam Silat Al-Mu'azat tidak mempelajari gerak fizik, tetapi apabila mengamalkan wirid, maka gerak fizik akan datang dengan sendirinya.
Silat Al-Mu'azat pernah dikembangkan di Johor oleh Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad dalam tahun 1970-an. Wirid yang diamalkan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, yang sama dengan amalan dalam Silat Al-Mu'azat itu, lebih lengkap ditulis oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitab Ward az-Zawahir (lihat hlm. 189).
Kesimpulan dan penutup
Dari semua yang telah dibicarakan di atas penulis berpendapat bahawa:
lSeni dan budaya persilatan diajarkan dalam dua bentuk, iaitu dalam gerak fizik dan kerohanian.
lIlmu persilatan yang menggunakan wirid, hizib, doa, dan yang sejenis dengannya adalah berasal dari ajaran Islam yang benar. Sebaliknya tidak dapat dinafikan terdapat juga yang menggunakan mantera, jampi, serapah, dan yang sejenis dengannya. Mengenai ini sukar dijejaki sumber-sumber asal hingga ke atasnya. Oleh itu, ada yang boleh diamal dan digunakan. Sebaliknya ada pula yang mengandungi unsur khurafat yang menjerumuskan ke arah syirik yang bertentangan dengan akidah Islam.
lUlama-ulama Nusantara yang terlibat dalam jihad fi sabilillah mempunyai asas ilmu menggunakan senjata. Mereka memiliki ilmu ketahanan diri yang bersambung dari satu guru ke satu guru hingga sampai kepada pahlawan-pahlawan Islam terdahulu bahkan sumber amalan ada yang berasal dari Rasulullah SAW sendiri.
lUlama-ulama Nusantara yang melakukan jihad fi sabilillah demi untuk memperjuangkan Islam dan mempertahankan negeri-negeri Melayu dari dijajah oleh bangsa yang bukan Islam adalah wajib diteruskan secara bersambung dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.
Sekianlah yang dapat disampaikan pada ruangan kali ini, mudah-mudah kita dapat menghidupkan seni dan budaya yang dibenarkan syarak dan mengetepikan apa saja seni dan budaya yang bertentangan dengan syarak.
Mudah-mudahan hanya pemikiran ulama yang betul saja yang menjadi ikutan dan pemikiran yang tiada betul walau dari siapa pun datangnya supaya dihindari oleh-Nya.

Petikan dari karangan Tuan Guru Hj wan Soghir B Wan Abdullah khazanah Fatoniah K.Lumpur(cucu kpd Al-Alim Al alamah Sheikh Ahmad B Sheikh Mohd Zain AlFatoni)

PESANAN ULAMAK AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


WASIAT Datuk Mufti Syeikh Abdullah Fahim


• Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. • Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah. • Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri. • Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia."- Dipetik dr kitab SENJATA SYARIAT,ABU Qani'ah & Abu Zahidah

PERBEZAAN AHLI SUNNAH DAN WAHABI

Imam Abu Hatim al-Hanzali ar-Razi ra berkata : “Tanda ahlul bid’ah adalah mencela Ahlul Atsar. Tanda orang-orang Zindiq, mereka menamakan Ahlul Atsar dengan sebutan “Hasywiyyah”, mereka ingin mematikan Atsar. Tanda orang-orang Jahmiyyah, mereka menamakan Ahlul Sunnah dengan sebutan “Musyabbihan”. Tanda orang-oranga Qadariyyah, mereka menamakan Ahlus Sunnah dengan sebutan “Mujabbirah”. Tanda orang-orang Murjiah, mereka menamakan Ahlus Sunnah dengan sebut “Mukhalifah”. Dan “Nuqshaniyyah”. Tanda orang-orang Rafidhah, mereka menamakan Ahlus Sunnah dengan sebutan “Nashibah.” Padalah Ahlus Sunnah tidak mempunya nama kecuali nama saja dan mustahil nama-nama tersebut berpadu dalam diri mereka. (Dari Kitaab Ahlis Sunnah wa’ Tiqaadid Diin oleh ar-Razuuu. (Rinuklikan juga dalam Syarah Ushuul I’tiqaad Ahlis Sunnah wal Jama’ah oleh al-Lalika-i no.321 dan catatan kaki pada poin no.141 di Kitab Syarhus Sunnah oleh Imam al-Barbahari yang ditahqiq oleh Khalid bin Qasim ar-Radady, hal.116, cet II Daarus Salaf, th.1418 H).
 Mazhab Wahabi Al Salafyy konon...yg dikatakan ASWJ mari kita fikir apakah iktikad mereka ini. Banyak perkara yang yang dibolehkan oleh Ulama tp dibida'ahkan oleh ulama Wahabi Al salafy sebagai contoh menyambut nisfu syaban, tasawuf, Tawasul,Maulid Nabi, Hadiah pahala pada org Mati, Talqin, Ziarah ke makam Nabi SAW dll...apakah mereka ini layak dipanggil sebagai ASWJ??? Jgnlah disebabkan kita taksub kpd sesuatu parti maka kita dibutakan oleh serban yg besar, Tasbih yang panjang, Jubah yang labuh dan janggut yang panjang tanpa mengambil kira apakah iktiqad mereka??

Amirul Mukmini ‘Umar bin Khaththab ra berkata :

“Akan datang sekelompok manusia yang akan membantah kamu dengan syubhat al-Qur’an, maka bantahlah mereka dengan sunnah. Karena orang-orang yang (berpegang teguh) pada as-Sunnah lebih mengerti tentang Kitabullah. ((1-4) Disebutkan oleh Imam al-Lalika-i dalam kitabnya Syarah Ushuul I’tiqaad Ahlus Sunnah wal Jama’ah dan Ibnu Baththah dalam kitabnya al-Ibanah.) (Riwayat ad-Darimi (I/49), asy-Syariah oleh Imam al-Ajurri no.93, 102, al-Ibanah li Ibni Baththah al-Ukbari (I/250-251 no.83-84), Syarah Ushuul I’tiqaad Ahlis Sunnah wal Jama’ah (I/139 no.202).

Asal usul pembelajaran sifat 20 ini diasaskan oleh Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari. Beliau dikatakan telah menetapkan tujuh (7) sifat bagi Allah berdasarkan akal iaitu: Al-Hayat, Al-Ilmu, Al-Qudrah, Al-Iradah, As-Sam'u, Al-Bashar, Al-Kalam dan menta'wil (mentafsirkan dengan makna lain) sifat-sifat khabariyah seperti, wajah Allah, tangan Allah, kursi Allah dan lain-lain.Dan yang kemudian diperluaskan oleh Syeikh Maturidiyah menjadi 13 sehingga 20 sifat. Didalamnya termasuklah penetapan sifat wajib dan mustahil bagi Allah sebanyak tujuh sifat. Pendekatan Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari dilakukan pada masa suasana ilmu2 dikuasai oleh para ahli falsafah. Maka kita dapat lihat ilmu-lmu tauhid juga disampaikan pada masa itu dengan cara yang agak berfalsafah.Pada zaman itu juga fahaman mu'tazilah telah berkembang dan menguasai minda masyarakat pada masa itu. Puak syiah yang menyokong Saidina Ali dalam membentuk mazhab syiah manakala mereka menyalahkan Saidina Ali dalam majlis tahkim bagi menyelesaikan perang Sifin membentuk pula fahaman khawarij.Kemudian,muncullah fahaman Mu’tazilah daripada golongan yang terpengaruh dengan logik akal. Selain itu,lahirlah fahaman Qadariah,Jabariah, Najjariah & Musabbahah yang menyeleweng daripada iktikad asal.Umat Islam telah dilanda krisis iktikad selama 300 tahun, kemuncaknya ialah fahaman Mu’tazilah yang dipelopori oleh Wasil bin ‘Atha’

Ramai ulama menjadi mangsa akibat menentang fahaman Mu’tazilah seperti Imam Al-Bukhari yang terpaksa menyembunyikan diri Isa bin Dinar dipenjara selama 20 tahun,Imam Ahmad bin Hanbal dipukul 38 kali dan dipenjara 30 bulan, Imam Syafie hampir-hampir dihukum pancung.Kesan daripada itu,kesedaran mulai timbul,maka tampillah Abu Hassan Al-Sya’ri sebagai pendukung Ahli Sunnah Waljamaah pada abad ke-3 Hijrah.

Tujuan asas pembelajaran sifat 20 adalah untuk umat Islam ini bertauhidkan Allah SWT. Begitulah natijah pembelajaran ilmu Aqidah; mempelajari ertikata kalimah syahadah yang sebenarnya. Gagal memahami dan menghayati ilmu tauhid ini, maka rosaklah aqidah seseorang.

ABU HASSAN AL-SYA’RI

Pelopor utama yang mengembalikan semula iktikad umat Islam kepada iktikad sebenar Ahli Sunnah Waljamaah.dilahirkan di Basrah,Iraq kira-kira 55 tahun sesudah Imam Syafie wafat( 260 Hijrah) pada zaman pemerintahan Abasyiah.Keturunan daripada Saidina Abu Musa Al-sya’ri wafat pada tahun 324 H

ABU MANSUR AL-MATIRUDI

Merupakan pendukung Ahli Sunnah wal-Jamaah beliau berjuang bersama-sama Abu Hassan Al-asya’ri & ulama-ulama lain dalam mengembalikan iktikad umat Islam dengan melengkapkan usaha yang telah dibuat oleh Abu Hassan Al-Sya’ri

Metodologi (Manhaj) ASWJ :Sumber akidah:- Quran,Sunnah,Ijmak dan Qyias.

1. Hadis yang sahih dari Rasulullah wajib diterima termasuk hadis ahad.

2. Wajib tunduk dan patuh kepada Allah dan Rasul secara zahir dan batin.

3. Tidak boleh menentang sesuatu dari al-Quran dan Al Sunnah yang sahih hanya dengan Qyias atau perasaan atau kasyaf atau ucapan seorang syeikh atau lain-lain.

4. Jika berlaku pertentangan antara nas (Quran dan Sunnah) dengan akal, maka nas itu didahulukan.

5. Sifat maksum hanya ada pada diri Rasulullah.

6. Berbantah-bantah dalam agama adalah tercela

7. Memuliakan nas-nas syarak dan memerimanya dengan sepenuh hati serta tidak menyanggahinya.

8. Sunah rasul merupakan hujah di dalam akidah dan syariah.

9. Pendapat Para sahabat adalah betul dan tepat dan tafsiran mereka terhadap nas adalah hujah.

10. Kitab Allah dan Sunnah Rasul cukup sempurna dan dapat menyelesaikan segala masalah.

ANTARA IKTIKAD ASWJ

1. Allah dapat dilihat di akhirat

2. Al-quran adalah kalam Allah yang qadim.

3. Iman merangkumi ucapan & amalan

4. Meyakini semua perkara selepas mati

5. Ada syafaat pada hari kiamat

6. Semua perbuatan manusia dijadikan Allah, tetapi manusia ada usaha & ikhtiar

7. Muslim yang berdosa besar akan masuk neraka dan akhirnya akan masuk syurga

GOLONGAN YANG MENYALAHI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

MUKTAZILAH

* Al-quran adalah makhluk (baharu)

* Allah tidak dapat dilihat dalam syurga

* Orang berdosa besar tidak beriman dan tidak kafir : tempatnya antara syurga-neraka

* Mentakwilkan hisab, mizan, sirat = keadilan Allah

KHAWARIJ

* Mengkafirkan Saidina Ali

* Orang yang berdosa besar adalah kafir

* Kanak-kanak yang mati sebelum baligh dikira kafir

* Mengkafirkan Aishah r.a

QADARIAH

* Perbuatan manusia dicipta oleh manusia - Allah tidak ada hubungan dengan perbuatan manusia

* Allah tidak tahu apa yang akan dibuat oleh manusia – sehingga ia dilakukan

JABARIAH

* Manusia tidak ada upaya

* Semua perbuatan manusia ditentukan oleh Allah

* Iman memadai dengan beriman di hati – berbuat dosa tidak menjejaskan iman