Friday, 17 February 2017

RAHSIA JIMATKAN masa di dapur EXTRA kesihatan pun dapat!!

Dulu pagi-pagi isteri kalangkabut bangun pagi nak masak air untuk breakfast keluarga, lepas tu siapkan air panas untuk bekal baby, sediakan air untuk bekal anak sekolah, bekal air untuk diri sendiri dan suami. Lebih parah malam tadi lupa nak beli tapis kat kedai. Simpanan air kosongpun tak ada..Terpaksalah mama dan ayah beli air botol untuk minum di pejabat. Lecehkan..Kini tidak lagi dengan penapis air Coway 3 suhu.Bangun pagi cuma tinggal tekan sahaja. Pilihlah mana air idaman. Nak sejuk bak ais, panas atau suhu biasa. Mudahkan. Penapis air Coway juga dijamin HALAL oleh JAKIM. Satu-satunya penapis air antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM. Penapis air Coway juga telah menerima pengiktirafan WQA. Kalau hadiahkan pada yang tersayang pasti senyum sampai ke pipi. Manakn tidak JIMAT masa di dapur KESIHATAN pun dapat..

MENGAPA MEMPERJUDIKAN KESIHATAN KELUARGA ANDA

Berapa ramai kita yang setiap minggu atau 2 minggu sekali beratur di kios penapis air? Isi air bergelen-gelen..Menunggu dengan penuh sabar giliran.. Ish, ish..mencabar kesabaran sungguh. Tapi yakinkah kita tentang kebersihannya?

KENAPA MEMILIH PENAPIS AIR COWAY

Mari saya ceritakan kenapa setelah hampir 1 DEKAD bertapak kukuh di Malaysia, Coway kini sangat dikenali dan semakin disukai ramai ?
Antara 11 ciri-ciri yang telah banyak memikat hati ramai pelanggan 
-----------------------------------------------------------------------------------
# Paling UTAMA diiktiraf sebagai jenama penapis ANTARABANGSA yang PERTAMA dijamin Halal dari Jakim
# Menyediakan 3 suhu air iaitu air Panas, Sejuk dan Biasa.
# Penjimatan elektrik paling maksimum
# Air yang ditapis sempurna sehingga 6 peringkat
# PERCUMA Penghantaran
# PERCUMA Pemasangan
# PERCUMA Servis Sanitasi setiap 2 bulan sekali
# PERCUMA Tukarganti Penapis berjadual
# PERCUMA Jaminan Penuh
# PERCUMA Alat Gantian Tulen
# PERCUMA Pemasangan Semula (tertakluk kepada terma & syarat)
**Jika Tuan/Puan beli secara SEWA-BELI, Tuan/Puan juga akan menikmati kesemua di atas ini untuk 5 TAHUN !
PM/whatsaApp 0199168027/0197708027 untuk khidmat nasihat pembelian dan diskaun istimewa

penapis air coway

Dengan hanya dari RM95 sebulan anda akan menikmati 3 suhu air bersih, suci dan lazat - panas, sejuk dan suhu bilik.
PENJIMATAN bayaran pendaftaran. DISKAUN pendaftaran dalam WAKTU TERHAD! Diskaun pendaftaran SEHINGGA 75%!
PERCUMA penghantaran seluruh Malaysia!
PERCUMA pemasangan seluruh Malaysia!
PERCUMA Servis Filter setiap dua bulan sekali!
PERCUMA penukaran filter setiap 6 bulan!
PERCUMA jaminan penuh (100% warranty)!
PERCUMA pemasangan semula!
Hubungi hani 0197708027
                      0199168027

Foto Hani coway.

Sunday, 7 August 2016

KULIAH FARDU AIN UNTUK GOLONGAN DEWASA

Assalamualaikum.....kepada sesiapa yang mencari dan berminat untuk mengikuti kelas fardu ain untuk golongan dewasa(lelaki sahaja) boleh la menghubungi saya.kuliah tersebut adalah termasuk Alquran,ilmu feqah,ilmu tauhid,ilmu tasawuf,asas bahasa arab dan pengajian talaqqi berkitab.Area bandar penawar kota tinggi johor.berminat boleh cll/wassup:0199168027
ust sofiyan
4 thanawi madrasah irsyadiah pulau pinang
bekas pelajar pondok pasir tumboh kelantan
diploma pengajian islam unisel,selangor
pemegang tauliah mengajar masjid/surau negeri selangor
pemegang tauliah mengajar masjid/surau negeri johor

Sunday, 21 July 2013

semua orang nak cakap pasal agama

              baru-baru ni ada artis masuk tv dan mengeluarkan kenyataan "hadiahkan fatihah kepada simati tidak sampai pahala fatihahnya"dan seorang lagi mempertikaikan tentang tabarruk dengan rambut nabi.dengan dua kenyataan tersebut saya tertarik untuk melontarkan pendapat mengikut kefahaman saya.susahlah kalau semua orang nk bercakap pasal agama dan semua nk dipanggil dengan gelaran ustat dan ustazah sedangkan yang kita tahu untuk menjadi ustat atau ustazah ni kena ada beberapa disiplin ilmu yang perlu dituruti paling kurang pun mempunyai shahadah sanawiyah tak salah untuk berdakwah sebab agama islam adalah untuk semua orang kalau nak berdakwah biarlah perkara tersebut perkara basic dan tidak membuat masyarakat menjadi keliru.seandainya ada masalah khilaf serahkanlah kepada mereka yang lebih arif untuk membahasnya.
               berkaitan hadiah fatihah itu sampai atau tidak jawapannya sampai kerana mengikut pendapat Sheikh Al Malbari dalam kitanya ianatut tolibin jilid 1 m/s 24" harus bagi seseorang untuk meniat amalan kebajikan untuk Allah sampaikan kepada orang yang diniatkan itu".Dan satu lagi ada hadis nabi yang bermaksud mayat itu disiksa didalam qubur apabila nak cucunya meratap-meratat dengan sebab kematiannya.meratap itu adalah perkara yang tidak baik pun sampai kepada simati apatah lagi kalau kita melakukan perkara yang baik untuk simati,seandainya perkara tidak baik sampai kepada simati tetapi perkara baik tidak maka zalimlah Allah dalam hal ini tetapi maha suci Allah daripada bersifat Zalim.berkaitan dengan ambil tabarruk dengan anggota tubuh badan Nabi itu juga diharuskan mengikut pendapat ASWJ sebab kita perlu faham tabarruk dengan makna taqarrub dan tabarruk dengan makna taabbud.kita bertabarruk hanyalah unuk menghampirkan diri kepada Allah bukan lah kita menyembah dengan sesuatu yang kita kita buat tabarruk itulah perbezaan kita orang Islam dengan orang kafir kerana orang kafir itu mereka mengambil sesuatu untuk disembah
              saya juga menyarankan kepada semu stesen tv perlu mengambil berat masalah ini kerana mengundang perpecahan dikalangan umat.Diharapkan selepas sesiapa yang nak djemput untuk bercakap soal agama di tv seseorang itu perlu ada tuliah daripada jabatan agama negeri masing-masing.

Saturday, 13 July 2013

Peperangan Badar al Kubra

ا الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
                Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 123 surah Ali Imran : ولقد نصركم الله ببدر وأنتم أذلة فاتقوا الله لعلكم تشكرون Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan Badar sedangkan kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya. 
                Sidang Jumaat yang berkati Allah, Kedatangan bulan Ramadhan untuk sekian kalinya disambut dengan penuh kesyukuran dengan berpuasa disiang harinya dan mendirikan malamnya dengan solat terawih dan sebagainya disamping membaca al-Quran serta berzikir bagi mendekatkan diri kepada Allah. Kedatangan Ramadhan bersama rahmat Allah dan keampunanNya disamping berlipat gandanya pahala dan juga anugerah lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan. Kedatangan Ramadhan juga mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang berlaku pada bulan ini yang boleh kita sama-sama renungi. Pada bulan ini telah menyaksikan berlakunya pembukaan Kota Mekah yang gemilang oleh Rasulullah s.a.w pada tahun 8 Hijrah, pembebasan Baitul Maqdis dan Masjid Aqsa daripada cengkaman Kerajaan Rom oleh pahlawan Islam Salehudin al-Ayyubi. Pada 17 Ramadhan sahaja kita dapat menyaksikan beberapa lagi peristiwa yang bersejarah iaitu pada tarikh ini telah turunnya wahyu yang pertama kepada Rasulullah s.a.w yang sewaktu itu berumur 40 tahun melalui malaikat Jibril ketika nabi sedang bermunajat di Gua Hira’. Pada Subuh pagi Jumaat 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah pula Sayyidina Ali bin Abi Talib telah ditikam oleh Ibnu Maljam ketika menuju ke masjid dimana tikaman itu telah terkena dibahagian kepala Sayyidina Ali. Tikaman dengan menggunakan senjata yang beracun ini telah menyebabkan Sayyidina Ali menghembus nafas yang terakhir pada malam Ahad 19 Ramadhan tahun 40 Hijrah ketika berumur 63 tahun. 
              Sidang Jumaat yang dikasihi, Apa yang mahu ditekan pada hari ini ialah mengenai peristiwa peperangan Badar al-Kubra yang merupakan tapak kemenangan Islam dalam melebarkan penguasaan seterusnya. Peperangan Badar al-Kubra ini telah berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah di mana pada tahun ini juga Allah mewajibkan berpuasa sebulan Ramadhan. Peristiwa ini berlaku apabila Rasulullah s.a.w sendiri yang mengetuai pasukan tentera Islam seramai 313 orang telah menuju ke Badar bertujuan untuk menyekat qafilah perniagaan Quraisy pimpinan Abu Sufian bin Harb yang baru pulang dari Syam menuju ke Mekah. Jumlah tentera Islam tidak begitu ramai kerana ia pada asalnya merupakan suatu operasi dalam menyekat qabilah tersebut dan Rasulullah s.a.w sendiri tidak meramalkan akan berlakunya suatu peperangan terbuka yang besar dan bersejarah. Oleh itu ramai di kalangan sahabat tidak menyertai gerakan ini. Malangnya kemaraan tentera Islam telah diketahui oleh Abu Sufian melalui pengintip yang telah ditugaskannya lalu dia memerintahkan agar wakil qafilah untuk meminta bantuan daripada Kafir Quraisy di Mekah. Disamping itu Abu Sufian telah melalui jalan lain iaitu melalui pantai sehingga mereka berjaya menyelamatkan diri daripada bertembung dengan tentera Islam. Setelah itu dia menghantar utusan untuk bertemu Abu Jahal bagi menyatakan bahawa mereka telah selamat dan tidak memerlukan bantuan tentera lagi tetapi Abu Jahal dengan sombongnya menyatakan : “ Demi Allah! Kita tidak mahu pulang sekarang sehingga kita sampai di Badar. Kita berpesta di sana selama 3 hari, kita sembelih unta. Minum arak dan menyanyi sehingga seluruh bangsa arab mengetahui perhimpunan dan kedatangan kita. Maka kehebatan kita terus menerus dapat dilihat oleh mereka “. Rasulullah s.a.w ini telah mengetahui tentang qafilah Abu Sufian telah berjaya menyelamatkan diri disamping bala tentera kafir Quraisy yang besar iaitu seramai 1300 orang dan lengkap bersenjata telah tiba di Badar. Oleh itu tentera Islam tidak boleh mengelak lagi daripada bertempur kerana jika mereka berundur bererti kafir Quraisy akan mendapat kemenangan moral dari segi politik dan tentera serta mendapat kedudukan yang kuat di Semenanjung Arab dan memungkinkan mereka bermaharajalela sesuka hati. Walau pun dengan jumlah yang sedikit dan kelengkapan yang tidak mencukupi namun semangat jihad demi mempertahankan Islam terus membara dalam diri tentera Islam. Sidang Jumaat yang dikasihi, Selepas itu Rasulullah s.a.w telah membentuk 2 pasukan pengintip dalam meninjau kekuatan musuh. Pada malam itu Allah menurunkan hujan sebagai pertolongan kepada tentera Islam dan bencana kepada tentera musuh. Kemudian tentera Islam telah membina markaz disebuah tempat yang terletaknya mata air paling dekat dengan musuh di mana di situ mereka telah membina kolam disamping menimbus tempat-tempat air yang lain. Dengan cara ini musuh akan keputusan bekalan air. Kemudian Sa’ad bin Mu’adz telah mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w : “ Wahai Rasulullah! Saya cadangkan agar dibina tempat perlindungan untuk menjamin keselalamatan Rasulullah. Biar kami bertempur dengan musuh. Jika Allah mengurniakan kemenangan kepada kita dan kita dapat mengatasi musuh maka itulah yang sangat kami kehendaki. Sekiranya Allah mengkehendaki berlaku sebaliknya maka engkau tetap berada dalam keadaan selamat di tempat itu. Engkau boleh terus bersama dengan orang-orang yang masih ada dan mereka juga kasih kepadamu seperti kami juga. Jikalau engkau mahu meneruskan lagi peperangan, mereka sekali-kali tidak akan meninggalkanmu dan terus mempertahankanmu dengan sama-sama berjihad bersamamu”. Lalu para sahabat membina tempat untuk Rasulullah s.a.w di satu tempat yang tinggi yang membolehkan baginda memerhati ke arah medan pertempuran. Pada malam Jumaat 17 Ramadhan itu tentera Islam diberikan ketenangan oleh Allah di mana mereka dapat tidur dengan nyenyak kerana keesokan harinya mereka akan bertempur dengan musuh Allah itu. Pada pagi Jumaat 17 Ramadhan, kedua-dua belah pihak bersedia untuk berperang di mana Rasulullah s.a.w sendiri telah menyusun sof tentera dengan susunan yang kemas dan rapi. Selepas itu Rasulullah s.a.w telah mengangkat tangan memohon pertolongan Allah. Antara doa baginda ialah : اللهم أنجزني ما وعدتني , اللهم آت ما وعدتني اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد “ Ya Allah! Wahai Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, jika Engkau binasakan pasukan kecil ini maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini “ Pertempuran bermula dengan Rasulullah s.a.w meminta agar Ubaidah bin Harith, Sayyidina Hamzah dan Sayyidina Ali mara untuk menentang tiga pemimpin Quraisy yang telah mencabar tentera Islam. Ketiga-tiga pahlawan Islam telah berjaya membunuh musuh mereka di mana kemenangan ini merupakan kemenangan awal dalam menyemarakkan lagi semangat jihad. Selepas itulah berlakunya pertempuran di mana pada peringkat pertama tentera Islam mengambil tindakan bertahan di mana tentera musuh berjaya dilumpuhkan dengan kehilangan banyak jiwa. Dalam saat yang genting ini Rasulullah terus bermunajat kepada Allah sehingga kain yang disangkut dibahunya terjatuh di mana Sayyidina Abu Bakar yang melihat perkara ini terasa begitu sedih dan berkata kepada Rasulullah : “ Cukuplah wahai nabi Allah! “. Allah mengabulkan doa baginda dengan menghantar tentera malaikat. Pada peringkat kedua tentera Islam mula mengambil tindakan menyerang di mana serangan ini turut dibantu oleh tentera daripada kalangan malaikat di mana antara yang dapat disaksikan ialah bagaimana terputusnya kepala dan tangan musuh tanpa dapat dilihat sesiapa yang memancungnya. Seorang tentera Islam yang sedang mengejar musuh tiba-tiba terdengar pukulan cemeti dari atas dan terdengar suara pahlawan berkuda. Seorang sahabat lagi dapat melihat bagaimana kepala musuh terputus sebelum pedangnya mengenai batang tengkuk musuh itu. Iblis yang menyerupai dirinya sebagai Suraqah bin Malik merasa gementar apabila melihat penyertaan malaikat. Dia terus lari dan terlanggar Al-Harith bin Hisyam sehingga rebah. Apabila ditanya mengapa dia cuba lari lalu dia menyatakan bahawa dia nampak apa tidak mampu dilihat oleh tentera kafir dan dia begitu takut kepada Allah yang amat pedih siksaanNya. Kemudian dia lari sekuat hatinya dan mencampakkan dirinya ke laut. Abu Jahal sendiri berjaya dibunuh apabila Mu’adz bin Amru telah merempuh lapisan lembing dan tombak yang mengelilingi Abu Jahal sehingga dia berjaya menetak di tengah betisnya. Tiba-tiba Ikramah anak Abu Jahal menetak ke leher pemuda itu lalu terkena tangannya sehingga hampir putus dan hanya tergantung dikulitnya sahaja. Dia meneruskan serangan terhadap Abu Jahal dengan mengheret tangannya yang terkulai di mana ketika terasa sakit lalu dia memijak tangan itu dengan kakinya supaya putus. Kemudian Mu’adz berjaya menetak Abu Jahal sehingga hampir maut. Abdullah bin Mas’ud yang mencari-cari Abu Jahal telah menjumpainya lalu terus memancung lehernya di mana kepalanya telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menyatakan bahawa inilah dia Firaun umat ini. 
              Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Peperangan yang bersejarah ini berakhir dengan kemenangan yang nyata kepada tentera Islam di mana 70 orang musyrikin terbunuh dan 70 orang lagi berjaya ditawan. Manakala 14 orang tentera Islam telah gugur syahid. Kemenangan ini terus diberitahu kepada penduduk Madinah melalui 2 orang utusan yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w bagi menafikan berita bohong yang disampaikan oleh puak munafik dan yahudi yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat. Berita kemenangan ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan yang menjadi lambang kepada keagungan Islam yang bakal menguasai dunia. Mereka bertakbir dan bertahlil menyambut berita ini dan ada para sahabat yang terkemuka yang tinggal di Madinah telah menuju ke Badar bagi menyampaikan ucapan tahniah kepada Rasulullah s.a.w. Manakala Sayyidina Othman pula mendapat berita gembira ini ketika sedang mengkebumikan jenazah anak Rasulullah s.a.w Ruqayyah yang baru meninggal dunia. Kemenangan ini telah meletakkan Islam agama yang tertinggi dan umat Islam menjadi bangsa yang kuat bukan lagi sebagai mangsa penindasan para kuffar. Semoga semangat jihad Badar ini akan membakar semangat kita dalam memastikan Islam menjadi agama yang memerintah bukannya agama yang diperintah. Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Anfal : إذ تستغيثون ربكم فاستجاب لكم أني ممدكم بألف من الملائكة مردفين Maksudnya : Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu. Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ