Tuesday 6 December 2011

TEMUDUGA TERBUKA

TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B.. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara, Kemudian Akan Di lantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Munkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hambal yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

10 RAMUAN UBAT PENCUCI DOSA

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.

Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".

Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:

1. Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk
2. Campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
3. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha
4. Giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah.
5. Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa
6. Tuangkan ke dalamnya air hayak (malu).
7. Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta).
8. Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur
9. Kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan).
10. Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian.

Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran :
250)

Wednesday 19 October 2011

KAEDAH SEMBELIHAN CARA ISLAM

KAEDAH SEMBELIHAN CARA ISLAM YANG PALING BAIK
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Islam adalah agama rahmat-kasih sayang untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Perhatikanlah bagaimana peraturan Islam dalam penyembelihan binatang ternakan. Cara penyembelihan Islam juga adalah sangat baik untuk kesihatan.
TUNTUTAN mendapatkan makanan halal menjadi perkara penting bagi setiap Muslim. Ini kerana ia adalah perintah daripada Allah melalui rasul-Nya. Pemakanan halal adalah di antara ciri utama dalam pembentukan fizikal sihat, khususnya bagi perkembangan minda serta hati manusia.
Pengetahuan tepat serta menyeluruh mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut lunas syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kesihatan.
Tambahan lagi, konsep sembelihan dalam Islam atau ‘zabiha’ juga perlu dihuraikan sebaik mungkin agar ibadat ini tidak dilihat sebagai satu perbuatan menyeksa haiwan secara kejam dan perlahan, berdasarkan pandangan masyarakat bukan Islam yang melihatnya hampir setiap tahun menjelang Aidiladha.
Islam meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan.  . Penyembelihan harus menggunakan objek tajam. Kaedah ini untuk meminimumkan kesakitan haiwan ketika disembelih.

Sabda Nabi saw bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta mudahkanlah penyembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).
Penyembelihan harus dilakukan pada leher haiwan itu, iaitu pada bahagian urat nadi atau kerongkongnya. Setiap penyembelihan perlu dimulakan dengan Bismillah.
Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).
Fakta saintifik membuktikan bagi setiap penyembelihan, darah haiwan itu perlu dialir keluar. Ini kerana darah adalah medium terbaik bagi mikro organisma membiak. Bahagian ‘spinal cord’ hendaklah dielakkan daripada terpotong ketika sembelihan dilakukan kerana ia akan menyekat aliran darah keluar akibat daripada saluran darah terganggu kesan daripada jantung haiwan terhenti secara tiba-tiba.
Dr Zakir Naik, seorang doktor dan pendakwah Islam antarabangsa menyenaraikan kepentingan serta kebaikan penyembelihan mengikut hukum syarak. Kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik dan bersih. Ini kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman, bakteria dan toksin yang akan menyebabkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses penyembelihan. Selain itu, daging sembelihan kekal segar dalam satu tempoh yang lama.
Kaedah penyembelihan Islam juga tidak menyebabkan kesakitan kepada haiwan itu. Ini kerana saluran darah serta saraf yang menghubungkan ke otak yang boleh menyebabkan rasa sakit terputus. Maka keadaan di mana haiwan bertindak balas secara tiba-tiba dalam keadaan agresif bukan kerana kesakitan, tetapi kesan tindak balas otot yang berlaku apabila darah mengalir keluar.
Profesor Schultz dan rakannya Dr Hazim dari Universiti Hanover, Jerman, membuktikan melalui eksperimen dengan menggunakan alatan saintifik seperti Electroencephalograph (EEG) dan Electrocardiogram (ECG) menunjukkan kaedah sembelihan Islam adalah terbaik. Tiga saat pertama selepas kaedah sembelihan cara Islam dilakukan, EEG tidak menunjukkan sebarang perubahan graf. Ini menunjukkan haiwan itu tidak mengalami sebarang kesakitan secara tiba-tiba selepas penyembelihan. Kemudian, selepas tiga saat yang seterusnya, EEG merekodkan keadaan yang dinamakan sebagai ‘deep sleep’ di mana, haiwan mengalami keadaan tidak sedarkan diri kesan daripada darah yang mengalir keluar dari tubuh haiwan itu. Akhir sekali, EEG pada paras 0 menunjukkan tiada tanda-tanda kesakitan selepas enam saat eksperimen dilakukan. Kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik.
Seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan. Pemilihan pemakanan yang halal penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang memuaskan agar memperoleh tenaga yang secukupnya untuk beribadat. Oleh itu, Muslim perlu menilai dan meneliti sumber pemakanannya agar datang dari sumber yang halal bukan meragukan

Saturday 1 October 2011

SERUAN KPD BUKAN ISLAM"MASUKLAH ISLAM SELAMAT DUNIA AKHIRAT"

Dengan ini saya menyeru kepda wargenegara Malaysia yang terdiri dari mereka yang beragama BUKAN Islam agar memeluk dan masuk kedalam agama Islam kerana itu satu kewajipan dan kewajipan juga kepada umat Islam di Malaysia beramal dengan Islam dengan ikhlas

Wahai penduduk Malaysia
Yang beragama Kristian
Yang beragama Hindu
Yang beragama Buddha
Yang beragama apa-apa sahaja selain Islam saya menyeru dengan tegas supaya anda semua memeluk agama Islam dan KEKAL di dalamnya selama-lamanya.

Cara masuk Islam amat mudah sahaja (rujuk bawah). Yang penting mesti kekal dalam agama Islam ini selama-lamanya sampai mati dan tidak melakukan, mempercayai dan menuturkan perkataan yang boleh membatalkan Islam secara jelas.


CARA MASUK ISLAM

Cara untuk masuk Agama Islam adalah SANGAT MUDAH iaitu dengan melafazkan Dua Kalimah Shahadah (Ash-Shahadatain) dalam apa-apa bahasa sekalipun asalkan ianya difahami oleh individu yang ingin memeluk Islam tersebut.

Ucapan Dua Kalimah Shahadah

Bahasa Arab (Paling Afdhal) :

أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ

Bahasa Melayu
:

Aku Bersaksi Bahawa
Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah
dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah

Bahasa Inggeris
:

I bear witness that no one deserves to be worshiped except Allah
and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah

( Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Urdu, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa sedang dalam pencarian - bagi saudara-suadara pembaca seIslam daripada pelbagai bangsa yang boleh membantu dan tahu terjemahan dua kalimah Shahadah dalam bahasa-bahasa lain boleh hubungi terus saya Abu Syafiq 0193801979 atau ke www.facebook.com/AbuSyafiq1 -Bersama Memperjuangkan Islam Tercinta! )

Sesudah urusan Mengucap dua kalimah shahadah dan urusan penerangan serta pemberifahaman tentang asas2 Aqidah dan Syariat Islam yang sebenar juga mengenali Allah dan RasulNya dan mempercayai bahawa Allah yang disembah tidak sama dengan makhluk atau manusia dan yakin bahawa Allah ada/wujud tidak memerlukan kepada tempat,langit atau aras kerana Allah Maha Berkuasa. Hindari ajaran yang merosakkan kebaikan nama agama murni ini seperti ajaran sesat Wahhabi, Syiah, Hizb Tahrir dan ajaran-ajaran songsang yang lain) maka selepas itu bolehlah :

1.Buat urusan pendaftaran masuk Islam dengan pihak berkuasa yang berkenaan seperti Jabatan Agama Islam Negeri atau Daerah yg berhampiran selalunya di Bahagian Saudara Baru - (sebaiknya dibawa bersama 2 orang saksi utk sesi tajdid shahadah dan pendaftaran di hadapan pegawai Jabatan Agama), atau di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).Kad Saudara Baru akan diberikan sebaik sahaja segala urusan pendaftaran selesai.

1.1 Bagi foreigner atau warga asing yang ingin berdaftar perlulah membawa bersama pasport (sekiranya tidak disimpan oleh majikan) atau salinan asal pasport (sebaiknya ada pengesahan dari pegawai kelas A atau sesiapa yg berkelayakan)

- Bawa bersama gambar berukuran pasport 1-2 keping,(nak bwk lebih pun takpe)


2.Buat kad pengenalan baru untuk pertukaran status agama di Jabatan Pendaftaran Negara yg berhampiran ( agar tidak timbul sebarang dakwaan atau tuntutan dikemudian hari + bukti kukuh pengislaman )

Tips : sekiranya kedapatan sebarang masalah dlm apa juga bentuk seperti ugutan ataupun saudara baru yg masih di bwh umur eloklah dirahsiakan terlebih dahulu identiti dan pengIslaman mereka sebagai langkah berhati2. Bagi saudara baru di bawah umur sekiranya timbul masalah elok dirahsiakan pengIslaman sehingga berusia 21 tahun.

Nasihat Untuk Diri, Saudara Baru & Saudara SeIslam Semua :

HENDAKLAH BERTETAPAN DALAM ISLAM, jangan keluar masuk Islam seperti biskut Choc Fudge (sekejap ada sekejap tak ada) dan tuntutlah ilmu Islam dari usta/ustazah yang arif dan jangan mengikut ajaran sesat seperti AyahPin bin Pon atau Syiah atau agama Wahabi kerana sesungguhnya mereka bahaya.

Thursday 29 September 2011

menyambung pengajian dipondok pasir tumboh kelantan

 setelah menamatkan pengajian dipondok sg bakap dgn memperolehi shahadah 4 thanawi,hati masih belum puas untuk menuntut ilmu demi ilmu agama usia bukan lagi halangan pada waktu ini pondok yg saya pilih utk menyambung pengajian ialah pondok pasir tumboh kota bharu kelantan,pondok ini diasaskan oleh dua orang adik beradik yaitu Almarhum ALAlim AL Allamah Tuan Guru Hj Abd Aziz dan Tuan Guru HJ Mustofa kedua-duanya mendapat pendidikan diMekah AlMukarramah.
Pondok pasir tomboh merupakan sebuah pondok atau pusat pengajian yang banyak melahirkan ulamak-ulamak dan cendikiawan Islam di Malaysia ia juga merupakan pondok yg terkenal dirantau asia tenggara sebab itulah ramai pelajar-pelajarnya datang dari dalam dan luar negara seperti Brunai,Indonesia,Kemboja dan Thailand .setelah kedua-dua Tuan guru kembali kerahmatullah tugas menghidupkan pondok disambung oleh adik iparnya yaitu AlAlim Alallamah Tuan Guru Hj Hashim Abu Bakar.pengajian dipondok pasir tumboh ini banyak menekankan ilmu yg berkaitan dgn feqah,tauhid dan tasauf disamping ilmu-ilmu alat yang lain.didalam pondok sendiri banyak guru-guru dan ustaz yg bermastautin yg menghabiskan umur mereka untuk berkhidmat kpd pondok yg mendedahkan mereka kpd ilmu agama yg tidak boleh  dinilai dengan wang ringgit dan segala-galanya.Antara kitab-kitab yg diajarkan disini ialah iqnaq,mahalli,tafsir jalalain,sohih bukhori,sunan abi daud,yasin faqihi,syarah ibnu aqil dan lain-lain lagi.semoga pondok ini akan terus  kekal sebagai pondok untuk mereka-mereka yang dahagakan ilmu akhirat,amat besar jasa dan pengorbanan tenaga pengajar pondok ini kepada umat Islam sejagat

hukum bersugi


Bersugi ada kalanya empat hukum
1)WAJIB apabila mulut berbau busuk yang bukan disebabkan puasa
2)HARAM apabila menggunakan kayu sugi yang dicuri
3)MAKRUH apabila bersugi selepas gelincir matahari bagi orang yang berpuasa
4)SUNAT apabila bersugi pada semua keadaan

Monday 12 September 2011

WASIAT Datuk Mufti Syeikh Abdullah Fahim

Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. • Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah. • Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri. • Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia."- Dipetik dr kitab SENJATA SYARIAT,ABU Qani'ah & Abu Zahidah

Sunday 4 September 2011

hukum baca quran bagi simati


Harus mengupah orang membaca alquran untnk di hadiahkan kepada orang yang diqasadkan sama ada kepada orang hidup atau mati       

rujukan kitab ianatuttolibin

Waktu2 yg diharamkan solat ada 5

1)yg bergantung dgn buat
   #selepas asar
   #selepas subuh
2)yg bergantung dgn masa
   #waktu naik matahari
   #waktu rembang
   #waktu terbenam matahari

Monday 22 August 2011

memancing dikolam uncle wong kali ke 2



setelah mendapat ikan besar kali pertama saya dan kawan-kawan sekali lagi mencuba nasib di kolam uncle wong,semalaman kita orang tunggu ikan membaham umpan sampai ada yang tertidur.Setelah pagi tiba masa untuk kita orang bersarapan dan itu perkara yang mudah sahaja kerana kolam uncle wong ini terdapat kemudahan kantin 24 jam dan tukang masaknya orang Melayu Islam,sebelum sarapan saya pun memasang umpan dan terus memesan makanan apabila sarapan yg dipesan telah sampai ada orang menjerit"abang umpan telah mengena"lalu saya pun apalagi terus berlari mendapatkan pancing boleh tahan jugak la ikan bawa lari saya pun melayan ikan tersebut dlm keadaan tenang serta berdebar bila dah dekat barulah nampak kelibat ikan tersebut oh rupanya rohu walaupun saiznya tidaklah sebesar mana tapi tarikannya agak agresif jugak

hukum aqad nikah didalam masjid


Sunat berkahwin pada bulan syawal dan mengadakan majlis aqad didalam masjid serta dihadiri oleh sekumpulan jamaah

rujukan kitab ianatuttolibin 

Tuesday 16 August 2011

isu larangan bacaan Alquran sebelum waktu subuh

Baru-baru ini Jabatan Agama Islam P.Pinang telah mengeluarkan arahan supaya tidak memasang pembacaan Alquran secara nyaring daripada Masjid-Masjid dan surau-surau, kita tentu tertanya-tanya apakah salahnya. saya juga terasa terpanggil untuk memberi pendapat berdasarkan beberapa fakta tujuan utama daripada bacaan Alquran itu adalah nak memaklumkan kepada orang yang masih tidur tentang sudah hampirnya solat subuh kan itu satu perkara yg baik kejutkan orang untuk solat subuh adakah kita mampu untuk kejutkan orang tidur dari rumah kerumah,yg keduanya Alquran itu sendiri mukjizat mudah-mudahan dengan mendengar Alquran setiap hari hati yg keras akan menjadi lembut untuk melakukan perkara yang dituntut oleh agama,yang ketiganya Alquran semakin ditinggalkan oleh umat Islam utk membacanya cuba kita perhatikan amat susah sekarang ini untuk kita dengar Alquran yg dibaca sendiri oleh umat Islam dimasjid dan surau semuanya dibacakan dengan menggunakan emdia elektronik jikalau itupun dilarang petandanya Alquran semakin hilang dari dada-dada umat Islam.Alasan yang diberikan adalah tidak terlalu munasabah kerana tidak mengganggu jiran-jiran yg berlainan agama dengan kita mengapakah kita perlu tunduk kepada mereka saya merasakan mereka tidak pernah mengatakan apa-apa kerana mereka juga tahu ini(bacaan Alquran)daripada ibadah umat Islam,jikalau isu ganggauan itu ditimbulkan tidakkah kita merasa terganggu dengan colok yang dipasang oleh jiran kita yg bukan Islam begitu juga perayaan Thaipusam yang disambut oleh mereka setiap tahun yang menyebabkan kesesakan lalulintas berpuluh kilometer tetapi kita mengatakan itu adalah upacara keagamaan mereka kita pun berlapang dada dengan masaalah tersebut,persoalannya adakah mereka yang merasa terganggu ataupun kita sendiri.Saranan kepada Jabatan Agama P.Pinang mintalah pendapat semua pihak yang terdiri darpada masyarakat setempat,AJK-AJK masjid dan surau serta para Alim Ulamak

sukatan-sukatan terkini


Sukatan dua kolah ialah 190 liter air
Sukatan satu cupak ialah 750 gram
Sukatan satu batu ialah 1848 meter
Jarak perjalanan yang boleh jamak dan qasar sembahyang ialah 48 batu bersamaan 88 km
Nisab bagi zakat emas ialah 85 gram
Nisab bagi zakat perak ialah 595 gram
Nisab bagi zakat tanam-tanaman atau buah-buahan ialah 5 ausuk bersamaan 900 kg
Kifarat jimak siang hari dibulan ramadhan ialah 60 cupak bersamaan 45 kg
Kifarat sumpah ialah 10 cupak bersamaan 7.5 kg
Kadar zakat fitrah ialah satu gantang bersamaan 3 kg

sumber daripada kitab Asbabul ikhtilaf baina fuqoha' karangan Sheikh Nuruddin Albanjari

Tuesday 9 August 2011

syarat utk jadi anak susuan


Syarat seorang bayi untuk jadi anak susuan ialah
1)umurnya belum sampai 2 tahun
2)lima kali ia kenyang apabila ia menyusu dengan ibu susu tersebut

Friday 5 August 2011

solat taraweh


Menurut pendapat jumhur iaitu mazhab Hanafi, Syafi’e dan Hanbali: 20 rakaat (selain Sholat Witir) berdasarkan ijtihad Sayyiduna Umar bin Khattab. Menurut mazhab Maliki: 36 rakaat berdasarkan ijtihad Khalifah Umar bin Abd al-Aziz. Imam Malik dalam beberapa riwayat memfatwakan 39 rakaat. Walau bagaimana pun, pendapat yang masyhur ialah mengikut pendapat jumhur bahkan ibnu taymiyah juga tarawih 20 rekaat klau kaji segi lafaz taraweh itu kalimah jamak maka skurang2 jamak adalah 3,taraweh ertinya rehat maka maknanya banyak kali rehat solat taraweh akan rehat apabila slesai 4 rakaat.cuba lah kaji jikalau buat 8 rakaat hanya terdapat skali rehat dan ini x menepati dgn lafaznya mana ada kalimah Arab yg x menepati maknanya klau 8 rakaat itu solotu lail bkan taraweh berdasarkan perbahasan td. 3 masjid utama dunia masjidil haram,madinah dan masjid al aqsa melakukan solt sunat terawih 20 rakaat ada riwayat yg mnyatakan Rasulullah keluar 3 kali shj utk buat sembahyg jamaah dgn sahabat sbanyak 8 rakaat dn slepas itu Rasulullah dn para sahabat balik kerumah masing2 sambung 20 rakaat perawi itu mngatakan bunyi bacaan dl...m solat dari rumah Rasulullah dan para sahabat seumpama bunyinya lebah.jikalau masih ada yg mngatakan teraweh nabi itu 8 rakaat maka buatlah 3 kali shj dlm bulan ramadhan yg lain tu buat sendiri di rumah,klau buat 8 secara berjamaah itu adalah bid'ah krn nabi x pernah buat yg kumpul org ramai2 d masjid itu adalah zamn saidina umar R.A
 

Wednesday 3 August 2011

terkenang sewaktu belajar dipondok

kenangan sewaktu belajar dipondok sg bakap seberang perai utara p.pinang.pondok ini telah diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Hj yusof dan merupakan antara pondok yg tertua di malaysia.sistem pengajian pondok adalah sistem pengajian yg mengambil ilmu secara langsung dari guru secara talaqqi dan musyafahah disamping menitikberatkan adab&disiplin ilmu.dipondok pelajar-pelajar bukan sahaja dilatih utk memahami sesuatu ilmu tetapi turut dilatih bagaimana utk berdikari.dipondok ini sistem pengajian dibahagi kpd dua 1)nizomi(kelas) dan umumi(talaqqi)kelihatan dlm gambar adalah rakan-rakan muzakarah saya terdiri daripada saudara waqe',ibrahim mohd,hafiz jamaluddin,shahril abu talib,ridzuan hamzah,ahmad hakamul hadi dan zubir rafdi yg telah berjaya dlm bidang masing-masing

syarat-syarat binatang qurban

Syarat-syarat yang perlu ada pada binatang yang hendak di korban
1)sejahtera daripada aib atau cacat yang mngurangkan daging
2)sejahtera daripada gila
3)tidak terpotong sebahagian telinga(tidak mengapa jika telinga carik atau di tebuk)
4)tidak capik atau kecok
5)tidak buta
6)tidak sakit
7)tidak ada penyakit kurap

cara-cara berburu yg diharuskan

Harus berburu menggunakan binatang buas spt anjing, beruang,burung helang dan lain-lain dengan syarat perlu diajar terlebih dahulu binatang-binatang tersebut sebgai contoh ia akan berhenti apabila disuruh oleh tuannya.

cara-cara minum air zam-zam

Sunat minum air zam-zam dengan cara berdiri,adapun minuman lain khilafu aula jika minum sambil berdiri.maksud khilafu aula ialah tidak haram dan tidak makruh.

kifarat jimak siang hari di bulan ramadhan

Kifarat jima’ siang hari di bulan ramadhan ialah memerdekakan seorang hamba yang mukmin jika tak mampu puasa dua bulan berturut-turut jika tak mampu beri makan 60 orang faqir miskin tiap-tiap seorang satu cupak

Tuesday 2 August 2011

bersama Abjad Selangor

Telah menyertai Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad Asli Jabat Kilat Malaysia pada tahun 1994 dan masih aktif sehingga kini.Saya tertarik utk menyertai silat Abjad ini adalah kerana ianya satu jenis silat yg lain drpd yg lain.Abjad bukan hanya  menumpukan seni mempertahankan diri sahaja tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia dari segi aqidah,syariat,akhlak,pengorbanan diri dan harta.Abjad juga merupakan wadah perjuangan &dakwah utk mengembalikan manusia kejalan yg benar dari kesesatan dunia persilatan,dunia perbomohan dukun pawang dan sebagainya.kini abjad mengorak langkah dgn lebih maju dgn mengadakan kerjasama bersama jabatan2 Agama dan Jakim utk menerangkan kpd masyarakat betapa bahayanya  perbuatan yg menjurus kpd syirik aqidah syariat dan akhlak

memancing dikolam uncle wong

inilah pertama kali saya belajar memancing ikan besar,memancing tu memang la pernah tapi belum pernah memancing menggunakan mesin&rod.saya begitu teruja apabila baru belajar memancing terus dapat ikan besar.saya pergi ke kolam ni dgn brother mus&shuib tq kpd brother mus yg menjinak-jinakkan saya dgn kegiatan memancing dan terus terjebak hingga sekarang

hukum ziarah qubur

Sunat ziarah qubur bagi laki-laki tetapi makruh bagi perempuan,begitu juga sunat membaca quran diatas qubur dan dihadiahkan pahalanya kepada ahli qubur.

Monday 1 August 2011

Bercukur

Sebelum bercukur sebolehnya jamahlah ubun-ubun kanak-kanak itu dahulu.di cukur rambut kanak-kanak tersebut mulai dari sebelah kanan kemudian sebelah kiri,rambut kanak-kanak itu hendaklah di himpunkan dan di timbang dengan emas atau perak biar sama berat kemudian di sedekahkan kepada fakir atau miskin antaranya rahsianya agar kanak-kanak itu ada berkat dengan kehormatan,kemudian barulah dipernamakan kanak-kanak   itu.

Tahnik(belah mulut)

)ambil kurma baca BISMILLAH…..dan doa makan lalu mamah kurma  tersebut ambil          sedikit letak di mulut budak,ambil jari kelingking celup di lelangit kanak-kanak sehingga berbunyi chap…chap…
2)baca  ALAM NASHROH.... dan ROBBISH ROH LI ....di air zam-zam,ampu atau pangku kanak-kanak tersebut spt hendak menyusukannya.air zam-zam tadi kita minum sedikit dan berikan 2,3 titik pada kanak-kanak itu.
3)ambil emas atau perak spt cincin letak di mulut kita dan baca INNA FATAHNA LAKA FATHAN MUBINA.....kemudian barulah dibelah mulut kanak-kanak tadi.antara rahsianya agar perkataan kanak-kanak berharga spt emas dan perak.

Friday 29 July 2011

Perbahasan fidyah sembahyang


Yang muktamad tidak boleh diqada' dan tidak boleh diberi fidyah tetapi Imam Subki dari Ulama' yang bermazhab dengan Mazhab Syafie mengatakan boleh diqada' dan mengikut Mazhab Abu Hanifah boleh diberi fidyah sebagaimana fidyah mereka yang meninggalkan puasa, kita boleh bertaklid kepada dua pendapat tadi.terdapat satu kumpulan drp Ashabu shafie mngatakan boleh di keluarkan fidyah satu sembahyang yg ditinggalkan dgn kadar secupak

1)hukum fidyah sembahyang :


1)Tiada di qadha sembahyang simati, dan tiada dikeluarkan fidyah kerana tidak disuruh berbuat demikian.


2)di qadhakan sembahyang simati oleh warisnya atau kerabatnya, dan dikeluarkan daripada harta peninggalannya bagi tujuan itu tetapi tiada di buat fidyah.

3)boleh di buat fidyah atas setiap waktu yang di tinggalkan dengan kadar 15 tahil beras bagi setiap sembahyang di berikan kepada fakir miskin sahaja.



Keterangan/Hujah: 
Terdapat 3 pendapat mengenai hukum fidyah sembahyang di dalm mazhab Shafie, antaranya:
i) Tidak diqadhakan dan juga tidak dikeluarkan fidyah bagi sembahyang si mati.
ii) Diqadhakan sembahyang si mati oleh waris atau kerabatnya, boleh di keluarkan harta peninggalan si mati bagi tujuan tersebut tetapi tiada di buat fidyah.
iii) Boleh dibuat fidyah ke atas setiap waktu yang ditinggalkan oleh simati dengan kadar 15 tahil beras setiap sembahyang.
yang muktamad adalah pendapat pertama.


كتاب اعانة الطالبين جيليد 2 م/س 244
سيد البكري بن سيد محمد شطا الدمياطي