Saturday 28 January 2012

BID'AH

takrif bid'ah spt yang dikatakan oleh Imam Shafie setiap perkara yang baru dan menyalahi Alquran,hadis, ijmak dan qias ialah bid'ah yang sesat,tetapi setiap perkara yang baru sedangkan tidak menyalahi Alquran,hadis,ijmak dan qias maka ianya bid'ah yang mahmudah atau hasanah.Bid'ah itu terbahagi kepada lima bahagi =-
wajib-spt menyusun membukukan Alquran dan ilmu-ilmu syarak apabila ditakuti hilang atau binasa kerana menyampaikan Alquran kepada mereka yang selepas kita adalah wajib secara ijmak serta melalaikannya adalah haram secara ijmak
haram- spt meratap-ratap pada kematian dengan mencarik-carikkan baju atau menghentakkan kepala kedinding
makruh-spt menghiaskan masjid dan mengkhususkan malam jumaat dengan ibadah
sunat - spt mengadakan solat sunat tarawih secara berjamaah membina pondok-pondok dan sekolah
harus-spt bersalam-salaman selepas sembahyang subuh dan asar
kesimpulannya bid'ah hasanah disepakati atas sunatnya iaitu perkara yang sehaluan dengan Alquran,hadis,ijmak ulamak dan qias serta tidak ada tegahan disisi syarak.Antara contoh bid'ah hasanah ialah perkara yang jadi fardu kifayah spt mngarang ilmu-ilmu agama.berkata Imam Abu Shamah setengah daripada bid'ah yang baik pada zaman kita ialah mengadakan sambutan maulidurrasul dan diisikan dengan amalan sedekah,menzahirkan perhiasan dan bergembira kerana semua itu dilakukan adalah untuk menunjukkan kasih kepada Nabi serta membesarkannya dihati orang yang melakukan perkara tersebut.Adapun bidah yang keji atau sesat itu perkara- perkara yang menyalahi Alquran,hadis,ijmak dan qias serta ada tegahan disisi syarak sebagai contoh melakukan perkara yang tidak ada dalam agama tetapi ianya dianggap taat dan qurbah spt yang dilakukan oleh sekumpulan manusia menyanka mereka itu ahli tasauf tetapi menyalahi tok-tok guru tarikat pada masalah zuhud,warak dan lain-lain bahkan kebanyakkan mereka itu golongan ibahiah yang tidak mengharamkan perkara yang haram kerana telah ditipu daya oleh syaitan