Sunday 21 July 2013

semua orang nak cakap pasal agama

              baru-baru ni ada artis masuk tv dan mengeluarkan kenyataan "hadiahkan fatihah kepada simati tidak sampai pahala fatihahnya"dan seorang lagi mempertikaikan tentang tabarruk dengan rambut nabi.dengan dua kenyataan tersebut saya tertarik untuk melontarkan pendapat mengikut kefahaman saya.susahlah kalau semua orang nk bercakap pasal agama dan semua nk dipanggil dengan gelaran ustat dan ustazah sedangkan yang kita tahu untuk menjadi ustat atau ustazah ni kena ada beberapa disiplin ilmu yang perlu dituruti paling kurang pun mempunyai shahadah sanawiyah tak salah untuk berdakwah sebab agama islam adalah untuk semua orang kalau nak berdakwah biarlah perkara tersebut perkara basic dan tidak membuat masyarakat menjadi keliru.seandainya ada masalah khilaf serahkanlah kepada mereka yang lebih arif untuk membahasnya.
               berkaitan hadiah fatihah itu sampai atau tidak jawapannya sampai kerana mengikut pendapat Sheikh Al Malbari dalam kitanya ianatut tolibin jilid 1 m/s 24" harus bagi seseorang untuk meniat amalan kebajikan untuk Allah sampaikan kepada orang yang diniatkan itu".Dan satu lagi ada hadis nabi yang bermaksud mayat itu disiksa didalam qubur apabila nak cucunya meratap-meratat dengan sebab kematiannya.meratap itu adalah perkara yang tidak baik pun sampai kepada simati apatah lagi kalau kita melakukan perkara yang baik untuk simati,seandainya perkara tidak baik sampai kepada simati tetapi perkara baik tidak maka zalimlah Allah dalam hal ini tetapi maha suci Allah daripada bersifat Zalim.berkaitan dengan ambil tabarruk dengan anggota tubuh badan Nabi itu juga diharuskan mengikut pendapat ASWJ sebab kita perlu faham tabarruk dengan makna taqarrub dan tabarruk dengan makna taabbud.kita bertabarruk hanyalah unuk menghampirkan diri kepada Allah bukan lah kita menyembah dengan sesuatu yang kita kita buat tabarruk itulah perbezaan kita orang Islam dengan orang kafir kerana orang kafir itu mereka mengambil sesuatu untuk disembah
              saya juga menyarankan kepada semu stesen tv perlu mengambil berat masalah ini kerana mengundang perpecahan dikalangan umat.Diharapkan selepas sesiapa yang nak djemput untuk bercakap soal agama di tv seseorang itu perlu ada tuliah daripada jabatan agama negeri masing-masing.

Saturday 13 July 2013

Peperangan Badar al Kubra

ا الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
                Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 123 surah Ali Imran : ولقد نصركم الله ببدر وأنتم أذلة فاتقوا الله لعلكم تشكرون Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan Badar sedangkan kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya. 
                Sidang Jumaat yang berkati Allah, Kedatangan bulan Ramadhan untuk sekian kalinya disambut dengan penuh kesyukuran dengan berpuasa disiang harinya dan mendirikan malamnya dengan solat terawih dan sebagainya disamping membaca al-Quran serta berzikir bagi mendekatkan diri kepada Allah. Kedatangan Ramadhan bersama rahmat Allah dan keampunanNya disamping berlipat gandanya pahala dan juga anugerah lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan. Kedatangan Ramadhan juga mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang berlaku pada bulan ini yang boleh kita sama-sama renungi. Pada bulan ini telah menyaksikan berlakunya pembukaan Kota Mekah yang gemilang oleh Rasulullah s.a.w pada tahun 8 Hijrah, pembebasan Baitul Maqdis dan Masjid Aqsa daripada cengkaman Kerajaan Rom oleh pahlawan Islam Salehudin al-Ayyubi. Pada 17 Ramadhan sahaja kita dapat menyaksikan beberapa lagi peristiwa yang bersejarah iaitu pada tarikh ini telah turunnya wahyu yang pertama kepada Rasulullah s.a.w yang sewaktu itu berumur 40 tahun melalui malaikat Jibril ketika nabi sedang bermunajat di Gua Hira’. Pada Subuh pagi Jumaat 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah pula Sayyidina Ali bin Abi Talib telah ditikam oleh Ibnu Maljam ketika menuju ke masjid dimana tikaman itu telah terkena dibahagian kepala Sayyidina Ali. Tikaman dengan menggunakan senjata yang beracun ini telah menyebabkan Sayyidina Ali menghembus nafas yang terakhir pada malam Ahad 19 Ramadhan tahun 40 Hijrah ketika berumur 63 tahun. 
              Sidang Jumaat yang dikasihi, Apa yang mahu ditekan pada hari ini ialah mengenai peristiwa peperangan Badar al-Kubra yang merupakan tapak kemenangan Islam dalam melebarkan penguasaan seterusnya. Peperangan Badar al-Kubra ini telah berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah di mana pada tahun ini juga Allah mewajibkan berpuasa sebulan Ramadhan. Peristiwa ini berlaku apabila Rasulullah s.a.w sendiri yang mengetuai pasukan tentera Islam seramai 313 orang telah menuju ke Badar bertujuan untuk menyekat qafilah perniagaan Quraisy pimpinan Abu Sufian bin Harb yang baru pulang dari Syam menuju ke Mekah. Jumlah tentera Islam tidak begitu ramai kerana ia pada asalnya merupakan suatu operasi dalam menyekat qabilah tersebut dan Rasulullah s.a.w sendiri tidak meramalkan akan berlakunya suatu peperangan terbuka yang besar dan bersejarah. Oleh itu ramai di kalangan sahabat tidak menyertai gerakan ini. Malangnya kemaraan tentera Islam telah diketahui oleh Abu Sufian melalui pengintip yang telah ditugaskannya lalu dia memerintahkan agar wakil qafilah untuk meminta bantuan daripada Kafir Quraisy di Mekah. Disamping itu Abu Sufian telah melalui jalan lain iaitu melalui pantai sehingga mereka berjaya menyelamatkan diri daripada bertembung dengan tentera Islam. Setelah itu dia menghantar utusan untuk bertemu Abu Jahal bagi menyatakan bahawa mereka telah selamat dan tidak memerlukan bantuan tentera lagi tetapi Abu Jahal dengan sombongnya menyatakan : “ Demi Allah! Kita tidak mahu pulang sekarang sehingga kita sampai di Badar. Kita berpesta di sana selama 3 hari, kita sembelih unta. Minum arak dan menyanyi sehingga seluruh bangsa arab mengetahui perhimpunan dan kedatangan kita. Maka kehebatan kita terus menerus dapat dilihat oleh mereka “. Rasulullah s.a.w ini telah mengetahui tentang qafilah Abu Sufian telah berjaya menyelamatkan diri disamping bala tentera kafir Quraisy yang besar iaitu seramai 1300 orang dan lengkap bersenjata telah tiba di Badar. Oleh itu tentera Islam tidak boleh mengelak lagi daripada bertempur kerana jika mereka berundur bererti kafir Quraisy akan mendapat kemenangan moral dari segi politik dan tentera serta mendapat kedudukan yang kuat di Semenanjung Arab dan memungkinkan mereka bermaharajalela sesuka hati. Walau pun dengan jumlah yang sedikit dan kelengkapan yang tidak mencukupi namun semangat jihad demi mempertahankan Islam terus membara dalam diri tentera Islam. Sidang Jumaat yang dikasihi, Selepas itu Rasulullah s.a.w telah membentuk 2 pasukan pengintip dalam meninjau kekuatan musuh. Pada malam itu Allah menurunkan hujan sebagai pertolongan kepada tentera Islam dan bencana kepada tentera musuh. Kemudian tentera Islam telah membina markaz disebuah tempat yang terletaknya mata air paling dekat dengan musuh di mana di situ mereka telah membina kolam disamping menimbus tempat-tempat air yang lain. Dengan cara ini musuh akan keputusan bekalan air. Kemudian Sa’ad bin Mu’adz telah mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w : “ Wahai Rasulullah! Saya cadangkan agar dibina tempat perlindungan untuk menjamin keselalamatan Rasulullah. Biar kami bertempur dengan musuh. Jika Allah mengurniakan kemenangan kepada kita dan kita dapat mengatasi musuh maka itulah yang sangat kami kehendaki. Sekiranya Allah mengkehendaki berlaku sebaliknya maka engkau tetap berada dalam keadaan selamat di tempat itu. Engkau boleh terus bersama dengan orang-orang yang masih ada dan mereka juga kasih kepadamu seperti kami juga. Jikalau engkau mahu meneruskan lagi peperangan, mereka sekali-kali tidak akan meninggalkanmu dan terus mempertahankanmu dengan sama-sama berjihad bersamamu”. Lalu para sahabat membina tempat untuk Rasulullah s.a.w di satu tempat yang tinggi yang membolehkan baginda memerhati ke arah medan pertempuran. Pada malam Jumaat 17 Ramadhan itu tentera Islam diberikan ketenangan oleh Allah di mana mereka dapat tidur dengan nyenyak kerana keesokan harinya mereka akan bertempur dengan musuh Allah itu. Pada pagi Jumaat 17 Ramadhan, kedua-dua belah pihak bersedia untuk berperang di mana Rasulullah s.a.w sendiri telah menyusun sof tentera dengan susunan yang kemas dan rapi. Selepas itu Rasulullah s.a.w telah mengangkat tangan memohon pertolongan Allah. Antara doa baginda ialah : اللهم أنجزني ما وعدتني , اللهم آت ما وعدتني اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد “ Ya Allah! Wahai Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, jika Engkau binasakan pasukan kecil ini maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini “ Pertempuran bermula dengan Rasulullah s.a.w meminta agar Ubaidah bin Harith, Sayyidina Hamzah dan Sayyidina Ali mara untuk menentang tiga pemimpin Quraisy yang telah mencabar tentera Islam. Ketiga-tiga pahlawan Islam telah berjaya membunuh musuh mereka di mana kemenangan ini merupakan kemenangan awal dalam menyemarakkan lagi semangat jihad. Selepas itulah berlakunya pertempuran di mana pada peringkat pertama tentera Islam mengambil tindakan bertahan di mana tentera musuh berjaya dilumpuhkan dengan kehilangan banyak jiwa. Dalam saat yang genting ini Rasulullah terus bermunajat kepada Allah sehingga kain yang disangkut dibahunya terjatuh di mana Sayyidina Abu Bakar yang melihat perkara ini terasa begitu sedih dan berkata kepada Rasulullah : “ Cukuplah wahai nabi Allah! “. Allah mengabulkan doa baginda dengan menghantar tentera malaikat. Pada peringkat kedua tentera Islam mula mengambil tindakan menyerang di mana serangan ini turut dibantu oleh tentera daripada kalangan malaikat di mana antara yang dapat disaksikan ialah bagaimana terputusnya kepala dan tangan musuh tanpa dapat dilihat sesiapa yang memancungnya. Seorang tentera Islam yang sedang mengejar musuh tiba-tiba terdengar pukulan cemeti dari atas dan terdengar suara pahlawan berkuda. Seorang sahabat lagi dapat melihat bagaimana kepala musuh terputus sebelum pedangnya mengenai batang tengkuk musuh itu. Iblis yang menyerupai dirinya sebagai Suraqah bin Malik merasa gementar apabila melihat penyertaan malaikat. Dia terus lari dan terlanggar Al-Harith bin Hisyam sehingga rebah. Apabila ditanya mengapa dia cuba lari lalu dia menyatakan bahawa dia nampak apa tidak mampu dilihat oleh tentera kafir dan dia begitu takut kepada Allah yang amat pedih siksaanNya. Kemudian dia lari sekuat hatinya dan mencampakkan dirinya ke laut. Abu Jahal sendiri berjaya dibunuh apabila Mu’adz bin Amru telah merempuh lapisan lembing dan tombak yang mengelilingi Abu Jahal sehingga dia berjaya menetak di tengah betisnya. Tiba-tiba Ikramah anak Abu Jahal menetak ke leher pemuda itu lalu terkena tangannya sehingga hampir putus dan hanya tergantung dikulitnya sahaja. Dia meneruskan serangan terhadap Abu Jahal dengan mengheret tangannya yang terkulai di mana ketika terasa sakit lalu dia memijak tangan itu dengan kakinya supaya putus. Kemudian Mu’adz berjaya menetak Abu Jahal sehingga hampir maut. Abdullah bin Mas’ud yang mencari-cari Abu Jahal telah menjumpainya lalu terus memancung lehernya di mana kepalanya telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menyatakan bahawa inilah dia Firaun umat ini. 
              Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Peperangan yang bersejarah ini berakhir dengan kemenangan yang nyata kepada tentera Islam di mana 70 orang musyrikin terbunuh dan 70 orang lagi berjaya ditawan. Manakala 14 orang tentera Islam telah gugur syahid. Kemenangan ini terus diberitahu kepada penduduk Madinah melalui 2 orang utusan yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w bagi menafikan berita bohong yang disampaikan oleh puak munafik dan yahudi yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat. Berita kemenangan ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan yang menjadi lambang kepada keagungan Islam yang bakal menguasai dunia. Mereka bertakbir dan bertahlil menyambut berita ini dan ada para sahabat yang terkemuka yang tinggal di Madinah telah menuju ke Badar bagi menyampaikan ucapan tahniah kepada Rasulullah s.a.w. Manakala Sayyidina Othman pula mendapat berita gembira ini ketika sedang mengkebumikan jenazah anak Rasulullah s.a.w Ruqayyah yang baru meninggal dunia. Kemenangan ini telah meletakkan Islam agama yang tertinggi dan umat Islam menjadi bangsa yang kuat bukan lagi sebagai mangsa penindasan para kuffar. Semoga semangat jihad Badar ini akan membakar semangat kita dalam memastikan Islam menjadi agama yang memerintah bukannya agama yang diperintah. Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Anfal : إذ تستغيثون ربكم فاستجاب لكم أني ممدكم بألف من الملائكة مردفين Maksudnya : Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu. Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Kesan ilmu pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran


Kandungan

Perkara                                                                   muka surat

Prakata                                                                                                                   2

Bab 1    Metodologi penyelidikan                                                                           3
        1.1 Latar belakang masalah
        1.2 Objektif kajian
        1.3 Masalah kajian

Bab 2    Pengenalan                                                                                               4

Bab 3    Ilmu pedagogi                                                                                            5
       3.1 Definisi                                                                                               
       3.2 Bidang kajian ilmu pedagogi
       3.3 Mazhab dalam ilmu pedagogi

Bab 4    Kesan ilmu pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran                      11
       4.1  Pengajaran
       4.2  pembelajaran
       4.3  Strategi pembelajaran kolaboratif
       4.4  Strategi pembelajaran simulasi
       4.5  Strategi pembelajaran menyelesaikan masalah
      4.6   Strategi pembelajaran perbincangan kumpulan
      4.7   Strategi pembelajaran induktif

Penutup                                                                                                                   15

Bibliografi                                                                                                                 16





Prakata

Alhamdulillah setinggi-setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kita masih diberi kesempatan untuk terus berada didalam perjuangan menuntut ilmu .Selawat dan salam keatas rasul junjungan dan nabi akhir zaman, mudahan-mudahan kita sentiasa berada didalam pimpinan dan rahmatnya.
Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat menyiapkan kajian ini walaupun dihimpit oleh kekangan waktu  disebabkan oleh tugasan harian.Diharap dengan kajian seumpama ini  dapat membantu saya mendalami ilmu pedagogi seterusnya mempraktikannya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Sekalung budi ditujukan kepada Ust Fathurrahman B kasdiran yang banyak memberi tunjuk ajar dalam memahami ilmu pedogogi,tidak lupa lupa juga ucapan terima kasih buat keluarga kerana sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk terus berada didalam medan menunutut ilmu ini.
Mudahan-mudahan ilmu yang kita pelajari memberi manfaat kepada agama,bangsa dan Negara.















Bab 1 Metodologi penyelidikan

1.1          Latar belakang masalah

 Kesan ilmu pedagogi terhadap pengajaran dan pembelajaran merupakan satu topik yang amat penting untuk di bincang dan di kupaskan  kerana ia melibatkan sistem pendidikan yang berterusan disekolah.Kajian ini akan mengkaji bagaimana ilmu pedagogi memainkan peranan yang penting untuk pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar.

1.2          Objektif Kajian

v  Mengetahui kesan ilmu pedagogi terhadap pengajaran dan pembelajaran.
v  Mengetahui perbahasan bidang kajian ilmu pedagogi.
v  Mengetahui tentang mazhab-mazhab yang terdapat dalam ilmu pedagogi.
v  Dapat mempraktikkan ilmu pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.



1.3          Masalah Kajian
Kajian ini menghadapi masalah yang utama iaitu masalah kekurangan bahan rujukan,disamping itu juga keterbatasan waktu yang disebabkan oleh kerja dan tugasan harian. Selain itu juga antara masalah lain yang di hadapi untuk menyempurnakan kajian ini ialah keperluan komitmen yang tinggi tehadap kajian kerana ia merupakan tajuk yang berkaitan dengan pembelajaran disekolah yang tidak boleh dihuraikan secara sambil lewa.






Bab 2.pengenalan


Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran pengetahuan dan bidang ilmu pedagogi amat penting bagi memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan apatah lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Selepas kita telah jelas mengenai ilmu pedagogi dan perbahasannya maka kita akan meneliti sejauh manakah ilmu pedagogi memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran
Oleh itu, ilmu pedagogi adalah amat penting untuk menjadi seorang guru yang dapat menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan pelbagai cara dan teknik yang menarik. Ini kerana, melalui pengetahuan pedagogi guru dapat mengetahui pelbagai cara yang mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Guru seharusnya perlu mempunyai cara tersendiri dalam mendekati para pelajarnya agar mereka tidak bosan dengan kaedah pembelajaran satu hala iaitu hanya guru yang menyampaikan maklumat dan pelajar hanya mendengar. Ini akan menjadikan pelajar bosan dan mudah mengantuk ketika didalam kelas. Justeru itu, guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik di sekolah.












Bab3.Ilmu pedagogi

3.1 Definisi

Perkataan “pedagogi” berasal daripada perkataan greek “pedagogue”pendidik atau tutor yang mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan tugas-tugas pengajaran secara berkesan. Pada masa sekarang perkataan pedagogi bermaksud “sains dan seni pengajaran” yang melibatkan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar serta proses pengajaran.
Mengikut Mok Soon Sang (2002) “pengertian pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar, merangkumi proses pengajaran yang optimum”

3.2 bidang kajian ilmu Pedagogi

Skop kajiannya amat luas,antaranya merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, seperti pendekatan, kaedah, teknik , pengujian, penilaian dan sebagainya

3.2.1pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
Melaksana pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menjadi tugas utama guru. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku setiap hari waktu persekolahan berjalan mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.Pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran dan penyerapan unsur nilai murni perlu berlaku.

3.2.2peranan guru

             Peranan guru melaksana pengajaran berkesan menjadi faktor penting untuk meningkatkan tahap pembelajaran murid ke arah perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.Seseorang guru mesti memahami dan mengajar berpandukan carta aliran kerja P & P dan menggunakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan pelbagai aras tahap pencapaian murid. Pengajaran yang dilaksanakan semestinya menghasilkan pencapaian objektif pengajaran dan murid mendapat meningkatkan kemahiran pembelajaran serta perubahan tingkahlaku yang positif. Dalam kata lain berlaku proses guru mengajar dan murid belajar. Murid mendapat hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran serta berlaku perubahan tingkahlaku positif yang dapat menunjukkan murid mendapat manfaat dari objektif pengajaran guru di bilik darjah itu.
            Guru perlu melakukan penilaian yang berterusan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid serta mengambil tindakan segera mengatasi kelemahan yang dapat dikenalpasti bagi mengelakkan kelemahan terkumpul. Kekuatan pembelajaran murid dipertingkatkan dan diperkukuhkan. Guru perlu berusaha gigih menerap nilai murni, disiplin kendiri dan semangat patriotisme di kalangan murid untuk dihayati dan akan menjadi amalan dalam kehidupan seharian di kalangan murid sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

3.2.3 kaedah pendekatan

           Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.Kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
            Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain

.
3.2.4  Kaedah dan teknik
            Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan dan lain-lain lagi.
         Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan  serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada  kadar percakapan, bahasa yang sesuai,  garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

3.2.5 pengujian

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untukdiselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus . Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujianmengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkansesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.



3.2.6 Penilaian
         Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuatberasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif,sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajarj usteru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatupenilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.

1.Penilaian formatif

            Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan sama ada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yanglebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
        Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosiskelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai”sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.

2.Penilaian sumatif
             Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester.Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor daripenilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kema elajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuanpemilihan dan penempatan graduan ke alam pekerjaan

3.3 Mazhab dalam ilmu pedagogi
3.3.1 Mazhab behavioris
        Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal.
Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar.

3.3.2 Mazhab kognitif

Mazhab kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai
jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat







3.3.3Mazhab sosial

Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kefahaman.

3.3.4 Mazhab humanis

Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.











Bab 4.Kesan ilmu pedagogi dalam
pengajaran dan pembelajaran


Bagi mengoptimumkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran terdapat pelbagai teori pembelajaran menjelaskan bagaimana seseorang belajar. Pendekatan teori-teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran  dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. kajian ini akan membincangkan pendekatan pengajaran berasaskan beberapa teori yang dapat membantu guru dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini, pelbagai kajian telah dibuat dan kaedah pembelajaran telah ditemui berhubung dengan manusia.


4.1 Pengajaran

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancang oleh guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
4.1.1 ciri-ciri Pengajaran
  • guru dan murid,
  • guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
  • hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
  • melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,
  • melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau simbol,
  • ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
  • boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,
  • meliputi rancangan mengajar,
  • proses yang melibatkan interaksi dua hala,
  • ada unsur sains dan seni.

4.2 Pembelajaran
Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru
4.2.1 Ciri-ciri pembelajaran
  • Satu proses yang berterusan,
  • Secara formal dan tak formal,
  • Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis & mengira dsb.,
  • Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.
  • Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
  • Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humanis.

4.3 Strategi Pembelajaran Kolaboratif

            Pendekatan ini menekankan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar melalui aktiviti dan projek pembelajaran mereka. Kolaboratif turut menekankan perasaan ingin tahu pelajar dalam membina kemahiran membaca. Hasil daripada interaksi pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru. Schrage (1990), menyatakan pembelajaran kolaboratif adalah aktiviti bekerjasama kerana melibatkan perkongsian hasil pembelajaran bagi membentuk idea baru. Justeru, pelajar dapat membina pengetahuan yang lebih bermakna hasil pembacaan bersama berbanding dengan pembacaan secara individu.







4.4 Strategi Pembelajaran Simulasi

                Proses interaksi pelajar dengan bahan pengajaran seperti teks, grafik, animasi, bunyi dan sebagainya dapat membantu pelajar membaca dengan baik. Sowell (1989), mendapati penggunaan bahan konkrit dalam jangka panjang oleh guru dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan sikap mereka. Simulasi adalah satu situasi yang memberi gambaran sebenar objek, proses atau peristiwa yang dilalui oleh pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Dalam keadaan ini, pelajar dapat memahami kaedah membaca dengan betul dan yakin. Justeru, pelajar akan lebih seronok dan bermotivasi ke atas program membaca mereka.

4.5 Strategi Pembelajaran Menyelesaikan Masalah

               Proses menyelesaikan masalah dapat digabungkan dengan aktiviti pemainan bahasa. Pelajar akan memilih bahan yang sesuai dan tepat bagi menentukan kemahiran membaca yang sesuai dengan tahap pengetahuan mereka. Aktiviti berunsur hiburan dan menyeronokan sesuai digunakan untuk mengasah kemahiran mental, logik, pengetahuan dan proses menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator iaitu membimbing mereka ke arah penyelesaian masalah.

4.6 Strategi Pembelajaran Perbincangan Kumpulan

              Perbincangan adalah satu strategi yang melibatkan interaksi dua hala antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Rashid dan Abdul Razak (1995), menyatakan bahawa kaedah perbincangan menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar dan membimbing mereka mendapat pengetahuan yang baru. Dalam kemahiran membaca, perbincangan menggunakan bahasa dan pengucapan yang betul bagi memahami topik pembelajaran. Keadaan ini bukan sahaja melatih pelajar berkomunikasi malah turut membaca bahan-bahan yang berkaitan dalam tempoh perbincangan mereka.






4.7Strategi Pembelajaran induktif
                Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.
Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran.



















Bab 5.penutup


Kesimpulannya, pengetahuan pedagogi merupakan aset penting kepada seorang guru. Ianya perlu difahami dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Melalui pengetahuan pedagogi, seorang guru akan dapat mempelbagaikan cara pengajarannya agar menarik minat pelajar dan juga dapat menyampaikan isi pelajaran dengan lebih baik.
Selain itu, melalui pengetahuan pedagogi juga, seorang guru akan dapat mengatasi masalah pelajar-pelajar yang kurang berminat untuk belajar dengan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang boleh digunakan. Sebagai guru, mereka perlu kreatif untuk menghasilkan penyampaikan isi pengajaran yang menarik kepada para pelajar.
Untuk itu, pengetahuan pedagogi ini adalah merupakan asas yang penting kepada seorang guru selain daripada pengetahuan yang mendalam tentang kursus yang mereka ikuti.

























Bibliografi


Abdul Rahim Abdul Rasyid 1996 panduan latihan mengajar, Selangor DBP.

Kamarudin Hj Husin 1998 pedagogi bahasa(perkaedahan),Selangor Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Lee Shok Mee 1993 pedagogi 4(A)pengujian dan penilaian dalam pendidikan,Kuala Lumpur percetakan Season Sdn Bhd.

Atan Long 1981 pedagogi-kaedah am mengajar,Kuala Lumpur Fajar Bakti Sdn Bhd

Mok Soon Sang 2010 pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran,Puchong.Multimedia Sdn Bhd