Wednesday 19 October 2011

KAEDAH SEMBELIHAN CARA ISLAM

KAEDAH SEMBELIHAN CARA ISLAM YANG PALING BAIK
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Islam adalah agama rahmat-kasih sayang untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Perhatikanlah bagaimana peraturan Islam dalam penyembelihan binatang ternakan. Cara penyembelihan Islam juga adalah sangat baik untuk kesihatan.
TUNTUTAN mendapatkan makanan halal menjadi perkara penting bagi setiap Muslim. Ini kerana ia adalah perintah daripada Allah melalui rasul-Nya. Pemakanan halal adalah di antara ciri utama dalam pembentukan fizikal sihat, khususnya bagi perkembangan minda serta hati manusia.
Pengetahuan tepat serta menyeluruh mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut lunas syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kesihatan.
Tambahan lagi, konsep sembelihan dalam Islam atau ‘zabiha’ juga perlu dihuraikan sebaik mungkin agar ibadat ini tidak dilihat sebagai satu perbuatan menyeksa haiwan secara kejam dan perlahan, berdasarkan pandangan masyarakat bukan Islam yang melihatnya hampir setiap tahun menjelang Aidiladha.
Islam meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan.  . Penyembelihan harus menggunakan objek tajam. Kaedah ini untuk meminimumkan kesakitan haiwan ketika disembelih.

Sabda Nabi saw bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta mudahkanlah penyembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).
Penyembelihan harus dilakukan pada leher haiwan itu, iaitu pada bahagian urat nadi atau kerongkongnya. Setiap penyembelihan perlu dimulakan dengan Bismillah.
Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118).
Fakta saintifik membuktikan bagi setiap penyembelihan, darah haiwan itu perlu dialir keluar. Ini kerana darah adalah medium terbaik bagi mikro organisma membiak. Bahagian ‘spinal cord’ hendaklah dielakkan daripada terpotong ketika sembelihan dilakukan kerana ia akan menyekat aliran darah keluar akibat daripada saluran darah terganggu kesan daripada jantung haiwan terhenti secara tiba-tiba.
Dr Zakir Naik, seorang doktor dan pendakwah Islam antarabangsa menyenaraikan kepentingan serta kebaikan penyembelihan mengikut hukum syarak. Kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik dan bersih. Ini kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman, bakteria dan toksin yang akan menyebabkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses penyembelihan. Selain itu, daging sembelihan kekal segar dalam satu tempoh yang lama.
Kaedah penyembelihan Islam juga tidak menyebabkan kesakitan kepada haiwan itu. Ini kerana saluran darah serta saraf yang menghubungkan ke otak yang boleh menyebabkan rasa sakit terputus. Maka keadaan di mana haiwan bertindak balas secara tiba-tiba dalam keadaan agresif bukan kerana kesakitan, tetapi kesan tindak balas otot yang berlaku apabila darah mengalir keluar.
Profesor Schultz dan rakannya Dr Hazim dari Universiti Hanover, Jerman, membuktikan melalui eksperimen dengan menggunakan alatan saintifik seperti Electroencephalograph (EEG) dan Electrocardiogram (ECG) menunjukkan kaedah sembelihan Islam adalah terbaik. Tiga saat pertama selepas kaedah sembelihan cara Islam dilakukan, EEG tidak menunjukkan sebarang perubahan graf. Ini menunjukkan haiwan itu tidak mengalami sebarang kesakitan secara tiba-tiba selepas penyembelihan. Kemudian, selepas tiga saat yang seterusnya, EEG merekodkan keadaan yang dinamakan sebagai ‘deep sleep’ di mana, haiwan mengalami keadaan tidak sedarkan diri kesan daripada darah yang mengalir keluar dari tubuh haiwan itu. Akhir sekali, EEG pada paras 0 menunjukkan tiada tanda-tanda kesakitan selepas enam saat eksperimen dilakukan. Kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik.
Seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan. Pemilihan pemakanan yang halal penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang memuaskan agar memperoleh tenaga yang secukupnya untuk beribadat. Oleh itu, Muslim perlu menilai dan meneliti sumber pemakanannya agar datang dari sumber yang halal bukan meragukan

Saturday 1 October 2011

SERUAN KPD BUKAN ISLAM"MASUKLAH ISLAM SELAMAT DUNIA AKHIRAT"

Dengan ini saya menyeru kepda wargenegara Malaysia yang terdiri dari mereka yang beragama BUKAN Islam agar memeluk dan masuk kedalam agama Islam kerana itu satu kewajipan dan kewajipan juga kepada umat Islam di Malaysia beramal dengan Islam dengan ikhlas

Wahai penduduk Malaysia
Yang beragama Kristian
Yang beragama Hindu
Yang beragama Buddha
Yang beragama apa-apa sahaja selain Islam saya menyeru dengan tegas supaya anda semua memeluk agama Islam dan KEKAL di dalamnya selama-lamanya.

Cara masuk Islam amat mudah sahaja (rujuk bawah). Yang penting mesti kekal dalam agama Islam ini selama-lamanya sampai mati dan tidak melakukan, mempercayai dan menuturkan perkataan yang boleh membatalkan Islam secara jelas.


CARA MASUK ISLAM

Cara untuk masuk Agama Islam adalah SANGAT MUDAH iaitu dengan melafazkan Dua Kalimah Shahadah (Ash-Shahadatain) dalam apa-apa bahasa sekalipun asalkan ianya difahami oleh individu yang ingin memeluk Islam tersebut.

Ucapan Dua Kalimah Shahadah

Bahasa Arab (Paling Afdhal) :

أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ

Bahasa Melayu
:

Aku Bersaksi Bahawa
Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah
dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah

Bahasa Inggeris
:

I bear witness that no one deserves to be worshiped except Allah
and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah

( Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Urdu, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa sedang dalam pencarian - bagi saudara-suadara pembaca seIslam daripada pelbagai bangsa yang boleh membantu dan tahu terjemahan dua kalimah Shahadah dalam bahasa-bahasa lain boleh hubungi terus saya Abu Syafiq 0193801979 atau ke www.facebook.com/AbuSyafiq1 -Bersama Memperjuangkan Islam Tercinta! )

Sesudah urusan Mengucap dua kalimah shahadah dan urusan penerangan serta pemberifahaman tentang asas2 Aqidah dan Syariat Islam yang sebenar juga mengenali Allah dan RasulNya dan mempercayai bahawa Allah yang disembah tidak sama dengan makhluk atau manusia dan yakin bahawa Allah ada/wujud tidak memerlukan kepada tempat,langit atau aras kerana Allah Maha Berkuasa. Hindari ajaran yang merosakkan kebaikan nama agama murni ini seperti ajaran sesat Wahhabi, Syiah, Hizb Tahrir dan ajaran-ajaran songsang yang lain) maka selepas itu bolehlah :

1.Buat urusan pendaftaran masuk Islam dengan pihak berkuasa yang berkenaan seperti Jabatan Agama Islam Negeri atau Daerah yg berhampiran selalunya di Bahagian Saudara Baru - (sebaiknya dibawa bersama 2 orang saksi utk sesi tajdid shahadah dan pendaftaran di hadapan pegawai Jabatan Agama), atau di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).Kad Saudara Baru akan diberikan sebaik sahaja segala urusan pendaftaran selesai.

1.1 Bagi foreigner atau warga asing yang ingin berdaftar perlulah membawa bersama pasport (sekiranya tidak disimpan oleh majikan) atau salinan asal pasport (sebaiknya ada pengesahan dari pegawai kelas A atau sesiapa yg berkelayakan)

- Bawa bersama gambar berukuran pasport 1-2 keping,(nak bwk lebih pun takpe)


2.Buat kad pengenalan baru untuk pertukaran status agama di Jabatan Pendaftaran Negara yg berhampiran ( agar tidak timbul sebarang dakwaan atau tuntutan dikemudian hari + bukti kukuh pengislaman )

Tips : sekiranya kedapatan sebarang masalah dlm apa juga bentuk seperti ugutan ataupun saudara baru yg masih di bwh umur eloklah dirahsiakan terlebih dahulu identiti dan pengIslaman mereka sebagai langkah berhati2. Bagi saudara baru di bawah umur sekiranya timbul masalah elok dirahsiakan pengIslaman sehingga berusia 21 tahun.

Nasihat Untuk Diri, Saudara Baru & Saudara SeIslam Semua :

HENDAKLAH BERTETAPAN DALAM ISLAM, jangan keluar masuk Islam seperti biskut Choc Fudge (sekejap ada sekejap tak ada) dan tuntutlah ilmu Islam dari usta/ustazah yang arif dan jangan mengikut ajaran sesat seperti AyahPin bin Pon atau Syiah atau agama Wahabi kerana sesungguhnya mereka bahaya.