baru-baru ni ada artis masuk tv dan mengeluarkan kenyataan "hadiahkan fatihah kepada simati tidak sampai pahala fatihahnya"dan seorang lagi mempertikaikan tentang tabarruk dengan rambut nabi.dengan dua kenyataan tersebut saya tertarik untuk melontarkan pendapat mengikut kefahaman saya.susahlah kalau semua orang nk bercakap pasal agama dan semua nk dipanggil dengan gelaran ustat dan ustazah sedangkan yang kita tahu untuk menjadi ustat atau ustazah ni kena ada beberapa disiplin ilmu yang perlu dituruti paling kurang pun mempunyai shahadah sanawiyah tak salah untuk berdakwah sebab agama islam adalah untuk semua orang kalau nak berdakwah biarlah perkara tersebut perkara basic dan tidak membuat masyarakat menjadi keliru.seandainya ada masalah khilaf serahkanlah kepada mereka yang lebih arif untuk membahasnya.
berkaitan hadiah fatihah itu sampai atau tidak jawapannya sampai kerana mengikut pendapat Sheikh Al Malbari dalam kitanya ianatut tolibin jilid 1 m/s 24" harus bagi seseorang untuk meniat amalan kebajikan untuk Allah sampaikan kepada orang yang diniatkan itu".Dan satu lagi ada hadis nabi yang bermaksud mayat itu disiksa didalam qubur apabila nak cucunya meratap-meratat dengan sebab kematiannya.meratap itu adalah perkara yang tidak baik pun sampai kepada simati apatah lagi kalau kita melakukan perkara yang baik untuk simati,seandainya perkara tidak baik sampai kepada simati tetapi perkara baik tidak maka zalimlah Allah dalam hal ini tetapi maha suci Allah daripada bersifat Zalim.berkaitan dengan ambil tabarruk dengan anggota tubuh badan Nabi itu juga diharuskan mengikut pendapat ASWJ sebab kita perlu faham tabarruk dengan makna taqarrub dan tabarruk dengan makna taabbud.kita bertabarruk hanyalah unuk menghampirkan diri kepada Allah bukan lah kita menyembah dengan sesuatu yang kita kita buat tabarruk itulah perbezaan kita orang Islam dengan orang kafir kerana orang kafir itu mereka mengambil sesuatu untuk disembah
saya juga menyarankan kepada semu stesen tv perlu mengambil berat masalah ini kerana mengundang perpecahan dikalangan umat.Diharapkan selepas sesiapa yang nak djemput untuk bercakap soal agama di tv seseorang itu perlu ada tuliah daripada jabatan agama negeri masing-masing.
Sunday 21 July 2013
Saturday 13 July 2013
Peperangan Badar al Kubra
ا
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ
لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ
لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا
بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ
إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan
Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya
sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan
ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi
segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah
dalam ayat 123 surah Ali Imran : ولقد نصركم الله ببدر
وأنتم أذلة فاتقوا الله لعلكم تشكرون
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan Badar
sedangkan kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertaqwalah
kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Kedatangan bulan Ramadhan untuk sekian kalinya disambut dengan penuh kesyukuran
dengan berpuasa disiang harinya dan mendirikan malamnya dengan solat terawih
dan sebagainya disamping membaca al-Quran serta berzikir bagi mendekatkan diri
kepada Allah. Kedatangan Ramadhan bersama rahmat Allah dan keampunanNya
disamping berlipat gandanya pahala dan juga anugerah lailatul Qadar yang lebih
baik daripada seribu bulan. Kedatangan Ramadhan juga mengingatkan kita kepada
beberapa peristiwa besar yang berlaku pada bulan ini yang boleh kita sama-sama
renungi. Pada bulan ini telah menyaksikan berlakunya pembukaan Kota Mekah yang
gemilang oleh Rasulullah s.a.w pada tahun 8 Hijrah, pembebasan Baitul Maqdis
dan Masjid Aqsa daripada cengkaman Kerajaan Rom oleh pahlawan Islam Salehudin
al-Ayyubi. Pada 17 Ramadhan sahaja kita dapat menyaksikan beberapa lagi
peristiwa yang bersejarah iaitu pada tarikh ini telah turunnya wahyu yang
pertama kepada Rasulullah s.a.w yang sewaktu itu berumur 40 tahun melalui
malaikat Jibril ketika nabi sedang bermunajat di Gua Hira’. Pada Subuh pagi
Jumaat 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah pula Sayyidina Ali bin Abi Talib telah
ditikam oleh Ibnu Maljam ketika menuju ke masjid dimana tikaman itu telah
terkena dibahagian kepala Sayyidina Ali. Tikaman dengan menggunakan senjata
yang beracun ini telah menyebabkan Sayyidina Ali menghembus nafas yang terakhir
pada malam Ahad 19 Ramadhan tahun 40 Hijrah ketika berumur 63 tahun.
Sidang
Jumaat yang dikasihi, Apa yang mahu ditekan pada hari ini ialah mengenai
peristiwa peperangan Badar al-Kubra yang merupakan tapak kemenangan Islam dalam
melebarkan penguasaan seterusnya. Peperangan Badar al-Kubra ini telah berlaku
pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah di mana pada tahun ini juga Allah mewajibkan
berpuasa sebulan Ramadhan. Peristiwa ini berlaku apabila Rasulullah s.a.w
sendiri yang mengetuai pasukan tentera Islam seramai 313 orang telah menuju ke
Badar bertujuan untuk menyekat qafilah perniagaan Quraisy pimpinan Abu Sufian
bin Harb yang baru pulang dari Syam menuju ke Mekah. Jumlah tentera Islam tidak
begitu ramai kerana ia pada asalnya merupakan suatu operasi dalam menyekat
qabilah tersebut dan Rasulullah s.a.w sendiri tidak meramalkan akan berlakunya
suatu peperangan terbuka yang besar dan bersejarah. Oleh itu ramai di kalangan
sahabat tidak menyertai gerakan ini. Malangnya kemaraan tentera Islam telah
diketahui oleh Abu Sufian melalui pengintip yang telah ditugaskannya lalu dia
memerintahkan agar wakil qafilah untuk meminta bantuan daripada Kafir Quraisy
di Mekah. Disamping itu Abu Sufian telah melalui jalan lain iaitu melalui
pantai sehingga mereka berjaya menyelamatkan diri daripada bertembung dengan
tentera Islam. Setelah itu dia menghantar utusan untuk bertemu Abu Jahal bagi
menyatakan bahawa mereka telah selamat dan tidak memerlukan bantuan tentera
lagi tetapi Abu Jahal dengan sombongnya menyatakan : “ Demi Allah! Kita tidak
mahu pulang sekarang sehingga kita sampai di Badar. Kita berpesta di sana
selama 3 hari, kita sembelih unta. Minum arak dan menyanyi sehingga seluruh
bangsa arab mengetahui perhimpunan dan kedatangan kita. Maka kehebatan kita
terus menerus dapat dilihat oleh mereka “. Rasulullah s.a.w ini telah
mengetahui tentang qafilah Abu Sufian telah berjaya menyelamatkan diri
disamping bala tentera kafir Quraisy yang besar iaitu seramai 1300 orang dan
lengkap bersenjata telah tiba di Badar. Oleh itu tentera Islam tidak boleh
mengelak lagi daripada bertempur kerana jika mereka berundur bererti kafir
Quraisy akan mendapat kemenangan moral dari segi politik dan tentera serta
mendapat kedudukan yang kuat di Semenanjung Arab dan memungkinkan mereka
bermaharajalela sesuka hati. Walau pun dengan jumlah yang sedikit dan
kelengkapan yang tidak mencukupi namun semangat jihad demi mempertahankan Islam
terus membara dalam diri tentera Islam. Sidang Jumaat yang dikasihi, Selepas
itu Rasulullah s.a.w telah membentuk 2 pasukan pengintip dalam meninjau
kekuatan musuh. Pada malam itu Allah menurunkan hujan sebagai pertolongan
kepada tentera Islam dan bencana kepada tentera musuh. Kemudian tentera Islam
telah membina markaz disebuah tempat yang terletaknya mata air paling dekat
dengan musuh di mana di situ mereka telah membina kolam disamping menimbus
tempat-tempat air yang lain. Dengan cara ini musuh akan keputusan bekalan air.
Kemudian Sa’ad bin Mu’adz telah mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w : “ Wahai
Rasulullah! Saya cadangkan agar dibina tempat perlindungan untuk menjamin
keselalamatan Rasulullah. Biar kami bertempur dengan musuh. Jika Allah
mengurniakan kemenangan kepada kita dan kita dapat mengatasi musuh maka itulah
yang sangat kami kehendaki. Sekiranya Allah mengkehendaki berlaku sebaliknya
maka engkau tetap berada dalam keadaan selamat di tempat itu. Engkau boleh
terus bersama dengan orang-orang yang masih ada dan mereka juga kasih kepadamu
seperti kami juga. Jikalau engkau mahu meneruskan lagi peperangan, mereka
sekali-kali tidak akan meninggalkanmu dan terus mempertahankanmu dengan
sama-sama berjihad bersamamu”. Lalu para sahabat membina tempat untuk
Rasulullah s.a.w di satu tempat yang tinggi yang membolehkan baginda memerhati
ke arah medan pertempuran. Pada malam Jumaat 17 Ramadhan itu tentera Islam
diberikan ketenangan oleh Allah di mana mereka dapat tidur dengan nyenyak
kerana keesokan harinya mereka akan bertempur dengan musuh Allah itu. Pada pagi
Jumaat 17 Ramadhan, kedua-dua belah pihak bersedia untuk berperang di mana
Rasulullah s.a.w sendiri telah menyusun sof tentera dengan susunan yang kemas
dan rapi. Selepas itu Rasulullah s.a.w telah mengangkat tangan memohon
pertolongan Allah. Antara doa baginda ialah : اللهم
أنجزني ما وعدتني , اللهم آت ما وعدتني اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد “ Ya Allah! Wahai Tuhanku, tunaikanlah apa
yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, kurniakanlah apa
yang dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, jika Engkau binasakan
pasukan kecil ini maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini “
Pertempuran bermula dengan Rasulullah s.a.w meminta agar Ubaidah bin Harith,
Sayyidina Hamzah dan Sayyidina Ali mara untuk menentang tiga pemimpin Quraisy
yang telah mencabar tentera Islam. Ketiga-tiga pahlawan Islam telah berjaya
membunuh musuh mereka di mana kemenangan ini merupakan kemenangan awal dalam
menyemarakkan lagi semangat jihad. Selepas itulah berlakunya pertempuran di
mana pada peringkat pertama tentera Islam mengambil tindakan bertahan di mana
tentera musuh berjaya dilumpuhkan dengan kehilangan banyak jiwa. Dalam saat
yang genting ini Rasulullah terus bermunajat kepada Allah sehingga kain yang
disangkut dibahunya terjatuh di mana Sayyidina Abu Bakar yang melihat perkara
ini terasa begitu sedih dan berkata kepada Rasulullah : “ Cukuplah wahai nabi
Allah! “. Allah mengabulkan doa baginda dengan menghantar tentera malaikat.
Pada peringkat kedua tentera Islam mula mengambil tindakan menyerang di mana
serangan ini turut dibantu oleh tentera daripada kalangan malaikat di mana
antara yang dapat disaksikan ialah bagaimana terputusnya kepala dan tangan
musuh tanpa dapat dilihat sesiapa yang memancungnya. Seorang tentera Islam yang
sedang mengejar musuh tiba-tiba terdengar pukulan cemeti dari atas dan
terdengar suara pahlawan berkuda. Seorang sahabat lagi dapat melihat bagaimana
kepala musuh terputus sebelum pedangnya mengenai batang tengkuk musuh itu.
Iblis yang menyerupai dirinya sebagai Suraqah bin Malik merasa gementar apabila
melihat penyertaan malaikat. Dia terus lari dan terlanggar Al-Harith bin Hisyam
sehingga rebah. Apabila ditanya mengapa dia cuba lari lalu dia menyatakan
bahawa dia nampak apa tidak mampu dilihat oleh tentera kafir dan dia begitu
takut kepada Allah yang amat pedih siksaanNya. Kemudian dia lari sekuat hatinya
dan mencampakkan dirinya ke laut. Abu Jahal sendiri berjaya dibunuh apabila
Mu’adz bin Amru telah merempuh lapisan lembing dan tombak yang mengelilingi Abu
Jahal sehingga dia berjaya menetak di tengah betisnya. Tiba-tiba Ikramah anak
Abu Jahal menetak ke leher pemuda itu lalu terkena tangannya sehingga hampir
putus dan hanya tergantung dikulitnya sahaja. Dia meneruskan serangan terhadap
Abu Jahal dengan mengheret tangannya yang terkulai di mana ketika terasa sakit
lalu dia memijak tangan itu dengan kakinya supaya putus. Kemudian Mu’adz
berjaya menetak Abu Jahal sehingga hampir maut. Abdullah bin Mas’ud yang
mencari-cari Abu Jahal telah menjumpainya lalu terus memancung lehernya di mana
kepalanya telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menyatakan bahawa
inilah dia Firaun umat ini.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Peperangan yang
bersejarah ini berakhir dengan kemenangan yang nyata kepada tentera Islam di
mana 70 orang musyrikin terbunuh dan 70 orang lagi berjaya ditawan. Manakala 14
orang tentera Islam telah gugur syahid. Kemenangan ini terus diberitahu kepada
penduduk Madinah melalui 2 orang utusan yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w
bagi menafikan berita bohong yang disampaikan oleh puak munafik dan yahudi yang
menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat. Berita kemenangan ini disambut
dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan yang menjadi lambang kepada keagungan
Islam yang bakal menguasai dunia. Mereka bertakbir dan bertahlil menyambut
berita ini dan ada para sahabat yang terkemuka yang tinggal di Madinah telah
menuju ke Badar bagi menyampaikan ucapan tahniah kepada Rasulullah s.a.w.
Manakala Sayyidina Othman pula mendapat berita gembira ini ketika sedang
mengkebumikan jenazah anak Rasulullah s.a.w Ruqayyah yang baru meninggal dunia.
Kemenangan ini telah meletakkan Islam agama yang tertinggi dan umat Islam
menjadi bangsa yang kuat bukan lagi sebagai mangsa penindasan para kuffar.
Semoga semangat jihad Badar ini akan membakar semangat kita dalam memastikan
Islam menjadi agama yang memerintah bukannya agama yang diperintah. Firman
Allah dalam ayat 9 surah al-Anfal : إذ تستغيثون ربكم
فاستجاب لكم أني ممدكم بألف من الملائكة مردفين Maksudnya : Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada
Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu. Sesungguhnya Aku akan mendatangkan
bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ
وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ
وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ
وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ
المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Kesan ilmu pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran
Kandungan
Perkara
muka surat
Prakata
2
Bab 1 Metodologi penyelidikan
3
1.1 Latar belakang masalah
1.2 Objektif kajian
1.3 Masalah kajian
Bab 2 Pengenalan
4
Bab 3 Ilmu pedagogi
5
3.1 Definisi
3.2 Bidang kajian ilmu pedagogi
3.3 Mazhab dalam ilmu pedagogi
Bab 4 Kesan ilmu pedagogi dalam pengajaran dan
pembelajaran 11
4.1
Pengajaran
4.2
pembelajaran
4.3
Strategi pembelajaran kolaboratif
4.4
Strategi pembelajaran simulasi
4.5
Strategi pembelajaran menyelesaikan masalah
4.6
Strategi pembelajaran perbincangan kumpulan
4.7
Strategi pembelajaran induktif
Penutup 15
Bibliografi
16
Prakata
Alhamdulillah setinggi-setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T
kerana dengan limpah kurnianya kita masih diberi kesempatan untuk terus berada
didalam perjuangan menuntut ilmu .Selawat dan salam keatas rasul junjungan dan
nabi akhir zaman, mudahan-mudahan kita sentiasa berada didalam pimpinan dan
rahmatnya.
Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat menyiapkan kajian ini
walaupun dihimpit oleh kekangan waktu
disebabkan oleh tugasan harian.Diharap dengan kajian seumpama ini dapat membantu saya mendalami ilmu pedagogi
seterusnya mempraktikannya dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.Sekalung budi ditujukan kepada Ust Fathurrahman B kasdiran yang banyak
memberi tunjuk ajar dalam memahami ilmu pedogogi,tidak lupa lupa juga ucapan
terima kasih buat keluarga kerana sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk
terus berada didalam medan menunutut ilmu ini.
Mudahan-mudahan ilmu yang kita pelajari memberi manfaat kepada
agama,bangsa dan Negara.
Bab
1 Metodologi penyelidikan
1.1
Latar belakang masalah
Kesan ilmu pedagogi
terhadap pengajaran dan pembelajaran merupakan satu topik yang amat penting
untuk di bincang dan di kupaskan kerana
ia melibatkan sistem pendidikan yang berterusan disekolah.Kajian ini akan
mengkaji bagaimana ilmu pedagogi memainkan peranan yang penting untuk
pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar.
1.2
Objektif Kajian
v Mengetahui kesan ilmu
pedagogi terhadap pengajaran dan pembelajaran.
v Mengetahui perbahasan bidang
kajian ilmu pedagogi.
v Mengetahui tentang
mazhab-mazhab yang terdapat dalam ilmu pedagogi.
v Dapat mempraktikkan ilmu
pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
1.3
Masalah Kajian
Kajian ini menghadapi masalah yang
utama iaitu masalah kekurangan bahan rujukan,disamping itu juga keterbatasan
waktu yang disebabkan oleh kerja dan tugasan harian. Selain itu juga antara
masalah lain yang di hadapi untuk menyempurnakan kajian ini ialah keperluan
komitmen yang tinggi tehadap kajian kerana ia merupakan tajuk yang berkaitan dengan
pembelajaran disekolah yang tidak boleh dihuraikan secara sambil lewa.
Bab 2.pengenalan
Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran pengetahuan
dan bidang ilmu pedagogi amat penting bagi memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan apatah lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua
istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu
perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut
adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang
sempurna oleh seseorang guru. Selepas kita telah jelas mengenai ilmu pedagogi
dan perbahasannya maka kita akan meneliti sejauh manakah ilmu pedagogi memberi
kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran
Oleh itu, ilmu pedagogi adalah amat penting untuk menjadi seorang
guru yang dapat menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan pelbagai cara dan
teknik yang menarik. Ini kerana, melalui pengetahuan pedagogi guru dapat
mengetahui pelbagai cara yang mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Guru
seharusnya perlu mempunyai cara tersendiri dalam mendekati para pelajarnya agar
mereka tidak bosan dengan kaedah pembelajaran satu hala iaitu hanya guru yang
menyampaikan maklumat dan pelajar hanya mendengar. Ini akan menjadikan pelajar
bosan dan mudah mengantuk ketika didalam kelas. Justeru itu, guru memainkan
peranan yang penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan baik di sekolah.
Bab3.Ilmu pedagogi
3.1 Definisi
Perkataan “pedagogi” berasal daripada perkataan greek
“pedagogue”pendidik atau tutor yang mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan
tugas-tugas pengajaran secara berkesan. Pada masa sekarang perkataan pedagogi
bermaksud “sains dan seni pengajaran” yang melibatkan prinsip-prinsip dan
kaedah-kaedah mengajar serta proses pengajaran.
Mengikut
Mok Soon Sang (2002) “pengertian pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu
bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas
prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar, merangkumi proses pengajaran yang
optimum”
3.2 bidang kajian ilmu Pedagogi
Skop kajiannya amat luas,antaranya merangkumi
segala aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,
seperti pendekatan, kaedah, teknik , pengujian, penilaian dan sebagainya
3.2.1pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
Melaksana pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
menjadi tugas utama guru. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku setiap
hari waktu persekolahan berjalan mengikut jadual waktu yang telah
ditetapkan.Pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran dan penyerapan unsur nilai
murni perlu berlaku.
3.2.2peranan guru
Peranan guru melaksana pengajaran berkesan menjadi faktor penting untuk meningkatkan tahap pembelajaran murid ke arah perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.Seseorang guru mesti memahami dan mengajar berpandukan carta aliran kerja P & P dan menggunakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan pelbagai aras tahap pencapaian murid. Pengajaran yang dilaksanakan semestinya menghasilkan pencapaian objektif pengajaran dan murid mendapat meningkatkan kemahiran pembelajaran serta perubahan tingkahlaku yang positif. Dalam kata lain berlaku proses guru mengajar dan murid belajar. Murid mendapat hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran serta berlaku perubahan tingkahlaku positif yang dapat menunjukkan murid mendapat manfaat dari objektif pengajaran guru di bilik darjah itu.
Guru perlu melakukan penilaian yang berterusan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid serta mengambil tindakan segera mengatasi kelemahan yang dapat dikenalpasti bagi mengelakkan kelemahan terkumpul. Kekuatan pembelajaran murid dipertingkatkan dan diperkukuhkan. Guru perlu berusaha gigih menerap nilai murni, disiplin kendiri dan semangat patriotisme di kalangan murid untuk dihayati dan akan menjadi amalan dalam kehidupan seharian di kalangan murid sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
3.2.3 kaedah pendekatan
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.Kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
Pendekatan pengajaran merupakan
haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses
pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek
pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama.
Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana
jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan
untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh
digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan,
keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata
pelajaran lain
.
3.2.4 Kaedah dan teknik
Kaedah pengajaran adalah terdiri
daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.
Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan
perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran
itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain,
latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, perbahasan, kuiz, lakonan, projek,
soalan dan lain-lain lagi.
Teknik-teknik pengajaran adalah
kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika
seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu
kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.Misalnya
katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu
tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada
suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid,
gerrakan tangan serta kedudukan
murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.Kaedah mengajar seperti
syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan
adalah seperti mempelbagaikan nada kadar
percakapan, bahasa yang sesuai, garis
kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran
pelajra dan lain-lain lagi.
3.2.5 pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untukdiselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang
penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus . Ujian adalah alat ukur. Ujian
digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujianmengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkansesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan
mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
3.2.6 Penilaian
Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuatberasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif,sumatif, pra kelayakan dan
diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio,
bengkel, seminar dan oral
pelajarj usteru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa
sesuatupenilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian
berdasarkan kepada masa dan tujuan
pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.
1.Penilaian formatif
Penilaian
formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam
unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan sama ada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yanglebih tinggi dan rumit. Penilaian
formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar
untuk belajar.
Penggunaan penilaian formatif sangat
ditekankan di sekolah.Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosiskelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai”sesuatu isi
unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.
2.Penilaian
sumatif
Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan
pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan
pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif
ialah ujian akhir semester.Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir
kursus, skor-skor daripenilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan
melaporkan kema elajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah
dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi
tujuanpemilihan dan penempatan graduan ke alam pekerjaan
3.3 Mazhab dalam ilmu pedagogi
3.3.1 Mazhab behavioris
Mazhab
behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike
dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan
tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian
dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus,
kucing dan burung di dalam makmal.
Mereka menumpukan
ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan
perubahan tingkahlaku.Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa
pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah
laku pelajar.
3.3.2 Mazhab kognitif
Mazhab kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran
ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat
diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi
kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai
jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal
mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori
pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran
celik akal, kaedah penyelesaian masalah semasa proses pembelajaran, otak akan
menyusun segala maklumat
3.3.3Mazhab sosial
Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran
dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif.
Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang
tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’.
Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan
atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat
memberikan kesan yang optimum kefahaman.
3.3.4 Mazhab humanis
Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia
bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers
menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza
dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak
dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap
individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri.
Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya
potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
Bab 4.Kesan ilmu pedagogi dalam
pengajaran dan pembelajaran
Bagi
mengoptimumkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran terdapat
pelbagai teori pembelajaran menjelaskan bagaimana seseorang belajar. Pendekatan
teori-teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam
menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran
dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. kajian ini akan membincangkan
pendekatan pengajaran berasaskan beberapa teori yang dapat membantu guru dalam
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini, pelbagai
kajian telah dibuat dan kaedah pembelajaran telah ditemui berhubung dengan
manusia.
4.1 Pengajaran
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan
bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancang oleh guru
secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik
mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya
mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan
menguasai kemahiran yang diperlukan.
4.1.1 ciri-ciri Pengajaran
- guru dan murid,
- guru sebagai pengajar
dan murid sebagai pembelajar,
- hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
- melibatkan instruksi diikuti dengan
latihan, indoktrinasi dan pelaziman,
- melibatkan proses pemikiran dan penggunaan
bahasa atau simbol,
- ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
- boleh dijalankan dengan aktiviti
berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,
- meliputi rancangan mengajar,
- proses yang melibatkan interaksi dua hala,
- ada unsur sains dan
seni.
4.2 Pembelajaran
Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”.
Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning,
pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang
dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.
pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang
dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup
menghasilkan tindak balas yang baru
4.2.1 Ciri-ciri pembelajaran
- Satu proses yang
berterusan,
- Secara formal dan
tak formal,
- Secara formal
melalui sekolah – membaca, menulis & mengira dsb.,
- Secara tak formal
melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.
- Mempunyai teori-teori
atau mazhab pembelajaran,
- Empat mazhab
pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humanis.
4.3 Strategi Pembelajaran
Kolaboratif
Pendekatan ini menekankan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar melalui aktiviti dan projek pembelajaran mereka. Kolaboratif turut menekankan perasaan ingin tahu pelajar dalam membina kemahiran membaca. Hasil daripada interaksi pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru. Schrage (1990), menyatakan pembelajaran kolaboratif adalah aktiviti bekerjasama kerana melibatkan perkongsian hasil pembelajaran bagi membentuk idea baru. Justeru, pelajar dapat membina pengetahuan yang lebih bermakna hasil pembacaan bersama berbanding dengan pembacaan secara individu.
4.4 Strategi Pembelajaran Simulasi
Proses interaksi pelajar dengan bahan pengajaran seperti teks, grafik, animasi, bunyi dan sebagainya dapat membantu pelajar membaca dengan baik. Sowell (1989), mendapati penggunaan bahan konkrit dalam jangka panjang oleh guru dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan sikap mereka. Simulasi adalah satu situasi yang memberi gambaran sebenar objek, proses atau peristiwa yang dilalui oleh pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Dalam keadaan ini, pelajar dapat memahami kaedah membaca dengan betul dan yakin. Justeru, pelajar akan lebih seronok dan bermotivasi ke atas program membaca mereka.
4.5 Strategi Pembelajaran
Menyelesaikan Masalah
Proses menyelesaikan masalah dapat digabungkan dengan aktiviti pemainan bahasa. Pelajar akan memilih bahan yang sesuai dan tepat bagi menentukan kemahiran membaca yang sesuai dengan tahap pengetahuan mereka. Aktiviti berunsur hiburan dan menyeronokan sesuai digunakan untuk mengasah kemahiran mental, logik, pengetahuan dan proses menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator iaitu membimbing mereka ke arah penyelesaian masalah.
4.6 Strategi Pembelajaran
Perbincangan Kumpulan
Perbincangan adalah satu strategi yang melibatkan interaksi dua hala antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Rashid dan Abdul Razak (1995), menyatakan bahawa kaedah perbincangan menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar dan membimbing mereka mendapat pengetahuan yang baru. Dalam kemahiran membaca, perbincangan menggunakan bahasa dan pengucapan yang betul bagi memahami topik pembelajaran. Keadaan ini bukan sahaja melatih pelajar berkomunikasi malah turut membaca bahan-bahan yang berkaitan dalam tempoh perbincangan mereka.
4.7Strategi Pembelajaran induktif
Pendekatan induktif melibatkan
aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat
generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akan
memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang
sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir,
mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam
contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang
berkenaan.
Kaedah
induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah mengajar
yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran.
Bab 5.penutup
Kesimpulannya, pengetahuan pedagogi merupakan aset penting kepada
seorang guru. Ianya perlu difahami dan diaplikasikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Melalui pengetahuan pedagogi, seorang guru akan
dapat mempelbagaikan cara pengajarannya agar menarik minat pelajar dan juga
dapat menyampaikan isi pelajaran dengan lebih baik.
Selain itu, melalui pengetahuan pedagogi juga, seorang guru akan
dapat mengatasi masalah pelajar-pelajar yang kurang berminat untuk belajar
dengan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang boleh digunakan.
Sebagai guru, mereka perlu kreatif untuk menghasilkan penyampaikan isi
pengajaran yang menarik kepada para pelajar.
Untuk itu, pengetahuan pedagogi ini
adalah merupakan asas yang penting kepada seorang guru selain daripada
pengetahuan yang mendalam tentang kursus yang mereka ikuti.
Bibliografi
Abdul Rahim Abdul Rasyid 1996 panduan
latihan mengajar, Selangor DBP.
Kamarudin Hj Husin 1998 pedagogi
bahasa(perkaedahan),Selangor Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Lee Shok Mee 1993 pedagogi
4(A)pengujian dan penilaian dalam pendidikan,Kuala Lumpur percetakan Season
Sdn Bhd.
Atan Long 1981 pedagogi-kaedah
am mengajar,Kuala Lumpur Fajar Bakti Sdn Bhd
Mok Soon Sang 2010 pedagogi untuk
pengajaran dan pembelajaran,Puchong.Multimedia Sdn Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)