Monday 17 December 2012

PERBEZAAN ANTARA ABJAD DAN TAREKAT


  • ABJAD bukanlah suatu susunan ilmu dan amalan yang dinamakan tarekat. Ilmu dan amal yang benar itu ialah berasal daripada Nabi SAW yang dipanggil 'fadhail amal' atau 'athar sahabat' sebagai suatu hizib untuk diamalkan bagi MEMPERTEGUHKAN IKATAN DIRI dalam UBUDIYAH dan MINTA TOLONG hanya kepada ALLAH. Hizib ialah suatu susunan ilmu dan amal yang sudah dikenalpasti segera makbul doa dan segera ijabah segala hajat. Kalau diibarat buah kelapa, minyak yang telah nyata daripada buah kelapa yang boleh digunakan untuk sebarang hal itulah ibarat hizib.

    Inilah ABJAD iaitu suatu susunan ilmu dan amal yang ada sanad dan untaian sehingga kepada ALLAH dan RASUL serta ada rabitah dan wasilah yang benar yang di dalamnya mengandungi berbagai-bagai hizib untuk diamalkan sebagai amalan lazim atau sunat dengan tujuan memperteguhkan ikatan diri dalam ubudiyah dan minta tolong kepada ALLAH.

    Berbeza dengan TAREKAT. TAREKAT ialah suatu susunan wirid tertentu yang bersanad yang diwajibkan beramal ke atas diri ahli tarekat sebagai amalan wajib supaya dapat keluar daripada nafsu-nafsu yang jahat kepada nafsu-nafsu yang baik.

    Sanad di dalam tarekat HANYALAH suatu susunan ratib yang diamalkan dan mestilah sampai kepada pengasas empunya susunan ratib tarekat tersebut seperti Sheikh Bahauddin an Naksyabandi bagi Tarekat Naksyabandi atau Sheikh Ahmad Ibnu Idris bagi Tarekat Ahmadiah Idrisiah atau lain-lain yang dinamakan tarekat.

    Berbeza dengan sanad ABJAD. Sanad ABJAD ialah sanad ILMU dan AMAL. Iaitu sanad agama ISLAM ROHANI dan JASMANI iaitu Iman, Islam dan Ehsan di atas makna sekeliannya dan juzuk-juzuknya yang dizahirkan rupa itu dengan ucapan DUA KALIMAH SYAHADAH. HENDAKLAH DIFAHAMI perbezaan ini sungguh-sungguh supaya tidak disamakan ABJAD seperti TAREKAT.

    ABJAD juga bukan amalan wirid berhikmah seperti selendang merah atau lain-lain nama yang berbentuk sihir, istidraj, silap mata atau syakwazah iaitu amalan yang tidak bersanad yang diterima amalan tersebut daripada ULAMA FASIK, AHLI JAHIL, TOK SAMI, AMBIL DALAM BUKU, TERIMA DALAM MIMPI, SAKA KETURUNAN, JELMAAN JIN dan lain-lain yang mesti dijauhi. AMALAN INI KEBIASAANNYA BERSYARAT.

    Diadaptasikan oleh : Al Yunusi Media

No comments:

Post a Comment