السلام
عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ
بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ
المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ
سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ
تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا
عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا
وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat
sekalian agar kita sama-sama meningkatkan
ketaqwaan kita kepada Allah dengan
melakukan segala suruhanNya dan menjauhi
segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 133-134 surah Ali ‘Imran :
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا
السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي
السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ
الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya : Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang
baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang
bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang
bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan
susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang
memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang
berbuat perkara-perkara yang baik;
Kini kita berada pada awal bulan Sya’aban yang turut mempunyai kelebihan dan
catatan sejarah yang tersendiri. Nabi s.a.w bila ditanya tentang amalan baginda
yang banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’aban lalu baginda menjelaskan bahawa Sya’aban adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya
iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Sya’aban merupakan bulan yang di dalamnya di
angkat amalan-amalan kepada Allah, Tuhan seluruh Alam. Maka nabi s.a.w ingin
amalan diangkat sedangkan baginda dalam keadaan berpuasa.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ
حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ فَمَارَأَيْتُ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَصِيَامَ شَهْرٍ
إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِيشَعْبَانَ – رواه
البخاري
Maksudnya : Siti
‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia
tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak
berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa
sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat
baginda S.A.W banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban.
Ibarat kata Ulama’ : “Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram
pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya.” Begitu jugaHukama’ menyifatkan bulan
Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban
adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam celaan
manakala bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Marilah
kita sama-sama menghidupkan bulan Sya’aban ini dengan pelbagai amalan soleh
sebagai latihan awal dan persiapan dari segi rohani dan jasmani sebelum
datangnya Ramadhan. Antara amalan sunat yang paling baik bulan Sya’aban
ialah berpuasa sunat selain daripada memperbanyakkan doa, membaca al-Quran dan
memohon keampunan kepada Allah
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Renungilah firman Allah dalam ayat 7-8 surah al-Bayyinah:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
أُولَـٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ ﴿٧﴾جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي
مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَّضِيَ
اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ
لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ ﴿٨﴾
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka
itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn
(tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan
merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang
demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
Tujuan kepada penciptaan manusia dan jin itu sendiri ialah untuk tunduk patuh
sebagai hamba Allah dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu kedatangan
bulan-bulan yang mulia ini semestinya digunakan sebaik mungkin dalam menanam
sifat ‘Ubudiyyah dalam diri kita. Sifat `ubudiyyah ialah perasaan yang tunduk
menghambakan diri kepada Allah dengan sepenuh jiwa, maka yang menunjukkan
adanya `ubudiyyah di dalam hati seseorang itu ialah ibadahnya seperti solat,
puasa, zakat dan lain-lain. Imam al-Ghazali menyatakan bahawa hakikat
‘Ubudiyyah ini hanya akan terhasil dengan 3 perkara iaitu [1] Menjaga hukum-hakam syariat
Allah dalam setiap aspek kehidupan. [2] Sentiasa redha dengan Qadho’ dan Qadar serta pembahagiaan Allah
dalam kehidupan seharian. [3]Memastikan kita mencari keredhaan Allah walau pun terpaksa
meninggalkan keredhaan diri sendiri
Sifat
‘ubudiyyah ini hanya akan terhasil melalui ilmu agama disertakan pula dengan
pengamalan. Sikap terlalu mementingkan nikmat duniawi melahirkan manusia yang
menganggap bahawa pembinaan pusat pengajian agama merupakan suatu yang tidak
mendatangkan hasil ekonomi kepada negeri. Kita semua patut sedar betapa
pentingnya pembinaan tamadun kebendaan dan rohani secara secara serentak bagi
memastikan pembangunan kebendaan tidak dimusnahkan oleh manusia yang rosak
akhlak seperti masalah rasuah dan pecah amanah dalam membina bangunan dan
jambatan contohnya menyebabkan Negara rugi dan nyawa rakyat terancam. Bangunan
yang gagah berdiri tetapi tidak mampu memberi ketenangan kepada masyarakat yang
diliputi perasaan takut dan bimbang terhadap keselamatan harta dan nyawa akibat
masalah pembunuhan, rompakan, ragut semakin bertambah.
Oleh itu kita jangan terpedaya dengan laungan yahudi bahawa dunia mampu
dikawal dengan teknologi yang dimiliki seperti penyakit boleh dikawal dan rawat
dengan pil-pil ubat yang dihasilkan. Begitu juga bencana alam mampu ditangani
dengan alat-alat canggih yang dibina. Akhirnya mereka dihancurkan oleh rasa
angkuh sehingga merebaknya penyakit yang lebih teruk dan bencana alam yang
semakin dahsyat yang tidak mampu disekat dengan teknologi yang ada. Antara
punca dan sebabnya akibat mereka melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah
seperti maksiat zina dan pemusnahan terhadap alam sekitar. Menyedari tentang
perkara ini maka kita wajib yakin bahawa segala usaha yang dilakukan mesti berlandaskan
Islam disamping meninggalkan segala perkara yang dimurkai oleh Allah ditambah
dengan sifat yang lebih penting iaitu tawakkal berserah diri kepada Allah
dengan yakin bahawa sesuatu selain Allah tidak mampu memberi manfaat dan tidak
boleh mendatangkan mudhorat. Hanya Allah yang berkuasa atas segalanya
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Renungilah firman Allah dalam ayat 150 surah al-Baqarah:
وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ
الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ
شَطْرَهُ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلَّا الَّذِينَ
ظَلَمُوا مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلِأُتِمَّ نِعْمَتِي
عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Maksudnya : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan
sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di
mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada
lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali
orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan
alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah
kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu,
dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang
benar)
Ketika berada pada Sya’aban ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar
daripada peristiwa perubahan Qiblat daripada mengadap ke Masjid Aqsa di bumi
Palestin kepada mengadap Ka’abah di Mekah. Antaranya dengan mengambil berat
tentang kelebihan dan keistimewaan yang ada pada kedua-dua masjid yang mulia
ini yang juga mempunyai kaitan yang rapat dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj.
Oleh itu sempena berada pada hari Jumaat yang mulia ini, di masjid yang mulia
ini marilah kita sama-sama meningkatkan usaha samada dari segi sumbangan
kebendaan dan juga doa dalam memerdekakan bumi Palestin daripada cengkaman
zionis yahudi.
Tanggal 15 Mei lalu adalah ulang tahun ke-65 nakbah atau “malapetaka”
yang menimpa Palestin dengan tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948. Zionis
yahudi ‘Israel’ mempunyai 2 langkah utama untuk mewujudkan perangkaan penduduk
agar Yahudi menjadi warga majoriti mengatasi kaum Arab Palestin. Langkah
pertama, melakukan serangan terhadap pribumi yang berakhir dengan pengusiran
warga Arab Palestin dari perkampungan dan tanah air mereka. Pengganas Yahudi
dengan sokongan British telah melakukan 44 serangan berdarah terhadap
orang-orang Palestin pada tahun 1948. Akibatnya, kira-kira 850,000 warga Palestin
dihalau keluar dari kampung halaman mereka hingga tanggal 15 Mei 1948.
Kira-kira 65 tahun telah berlalu, kini jumlah pelarian Palestin pada awal tahun
2013 ini adalah kira-kira 6 juta orang. Langkah kedua, Zionis
Israel mewujudkan status quo dengan menarik warga Yahudi dari luar negara
berpindah ke Palestin yang dijajah itu. Usaha ini telah menarik sekitar 650,000
orang bangsa Yahudi dari berbagai penjuru dunia sebagai melaksanakan matlamat
penubuhan negara ‘Israel’ pada tahun 1948 setelah Zionis melakukan penghapusan
etnik secara terancang. Setelah 65 tahun, projek pertukaran rakyat ini masih
belum mencapai matlamat kerana jumlah penduduk Yahudi kira-kira 6 juta itu
masih seimbang dengan penduduk Arab Palestin. Zionis yahudi terus berusaha
untuk mencapainya maka kita pula wajib bangkit bersama dengan pejuang Islam
Palestin untuk menyekat cita-cita jahat yahudi ini termasuk dalam meruntuhkan
Masjiq Aqsa yang mulia milik seluruh umat Islam. Biar bermandi darah namun bumi
Palestin tetap kita pertahankan, Biar melayang nyawa dari badan namun kebebasan
Masjid Aqsa kita tetap kita perjuangkan
Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,
Sempena berada hari Jumaat yang mulia ini juga kita bangkit mengutuk kekejaman
pemimpin Syria yang membunuh puluhan ribu rakyatnya sendiri tanpa belas
kasihan. Begitu juga penderitaan saudara seagama kita di Burma yang terus
berdepan dengan pembunuhan etnik tanpa tindakan untuk menyekatnya. Tidak lupa
kita bangkit menentang golongan yang menghina Islam dan nabi Muhammad s.a.w
termasuk di Negara kita dan meminta agar budaya tidak sihat ini terus disekat
tanpa mengira pangkat. Jangan biarkan rakyat biasa sahaja diambil tindakan
sedangkan bila pemimpin menghina system Islam yang merupakan antara punca utama
kepada beraninya orang bukan Islam menghina Islam dan nabi Muhammad s.a.w maka
ia dibiarkan. Jika menghina raja dan Yang DiPertuan Agong dipandang sebagai
suatu kesalahan yang begitu bahaya dan mengancam Negara maka menghina Allah,
Islam dan nabi merupakan jenayah yang lebih bahaya.
Firman Allah dalam ayat 10 surah al-An’am:
وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِّن قَبْلِكَ
فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُوا مِنْهُم مَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ
Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul
sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan
(balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ
العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ
العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ
فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
No comments:
Post a Comment